top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

A NIGHT OF JOHOR CHAMPION




A NIGHT OF JOHOR CHAMPION

Jason Derulo membuat persembahan bertenaga dalam sambutan 'A Night of Johor Champion' sempena malam gemilang kejuaraan Johor Darul Ta'zim menjuarai Liga Super Malaysia 2022. Penyanyi antarabangsa berasal dari Amerika Syarikat ini pernah menyanyikan lagu Coca-Cola Anthem untuk FIFA World Cup 2018.

Kejuaraan kali ke sembilan ' Triple Hatrick' untuk pasukan JDT ini merupakan satu sejarah baharu untuk Johor apabila turut meraikan seluruh pasukan yang melibatkan negeri Johor.

JDT muncul juara Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut, di mana pasukan itu juga telah merangkul gelaran juara Piala FA dan Piala Amal tahun ini.

JDT II memenangi Liga Perdana Malaysia 2022 manakala Akademi JDT memenangi tujuh piala peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk Piala Presiden Bawah 21 tahun oleh JDT III.

Secara keseluruhan, JDT telah memenangi 11 trofi pada 2022.

Sambutan itu turut menampilkan atlet Sukan Malaysia (Sukma) Johor, Pasukan Hoki Ais JDT, Johor Jewels (bola jaring), Johor Tigris (Sepak Takraw) dan pemain ragbi negeri.

Kontinjen Sukma Johor 2022 memenangi 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa untuk muncul juara keseluruhan buat pertama kali dalam sejarah 36 tahun temasya itu.

(Photo by Saluddin Ismail/TPS)

0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page