top of page
  • Writer's pictureMohd Redzuan Moslim

ACL: JDT TETAP BERI TENTANG SENGIT, TEWAS KEPADA KAWASAKI FRONTALE



Jaringan tunggal Marcinho cukup untuk memastikan tiga mata penuh buat Kawasaki Frontale yang berjaya mengatasi Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.



Perlawanan sulung buat kedua-dua pasukan untuk Group I nyata memberikan persaingan sengit sejak awal permainan.


Pasukan pelawat terlebih dahulu nampak mendominasi perlawanan apabila kerap melakukan asakan sejak awal. Dua tonggak import, Marcinho serta Bafetimbi Gomes sering membuatkan Jordi Amat dan Shane Lowry sibuk mempertahankan kubu mereka.

`


Pada minit ke-22, Arif Aiman berjaya mencuri tumpuan apabila larian kehadapan bersama bola yang dilakukan olehnya hingga ke dalam kotak penalti nyata memberikan kesukaran buat Penjaga Gol pelawat. Arif mendakwa beliau dijatuhkan namun selepas semakan (VAR) nyata tiada sepakan penalti untuk JDT.



Sedikit kealpaan yang dilakukan oleh pemain JDT, berjaya dimanfaatkan oleh Kawasaki Frontale pada akhir babak pertama. Satu sepakan kilas mudah dari Marcinho berjaya meletakkan bola ke dalam gawang yang telah terbuka bagi membolehkan pelawat dengan satu gol di hadapan.


Separuh masa kedua, kedua pasukan saling melakukan serangan. Kawasaki Frontale tampak lebih bernafsu apabila memasukkan beberapa pemain iaitu Leandro Damiao dan juga Yusuke Segawa bagi memperkuatkan pasukan.


Esteban Solari juga terus dengan taktikal menyerang dengan mengeluarkan Afiq Fazail untuk memberikan ruang kepada Diogo untuk melakukan sesuatu.


Perlawanan nampak lebih menarik dengan aksi yang agak agresif dipamerkan oleh kedua pasukan ketika perlawanan masuk 15 minit terakhir.


Tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan. Tiga mata berharga buat pasukan “Azzurro Nero” untuk dibawa pulang ke Jepun untuk perlawanan pertama ini

8 views0 comments

Commentaires

Noté 0 étoile sur 5.
Pas encore de note

Ajouter une note
bottom of page