top of page
Writer's pictureEditor

ACL: SOLARI TEPIS DAKWAAN SYIHAN HAZMI PUNCA KEKALAHAN JDT


"Bukan salah Syihan. Dia telah berikan aksi terbaik bagi memastikan pintu gol tidak dibocori sepanjang 90 minit perlawanan."


Itu reaksi pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari, susulan tewas 0-1 kepada Kawasaki Frontale dalam perlawanan sulung Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL), di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.



Kekalahan itu dikatakan berpunca gara-gara kesilapan penjaga golnya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, di penghujung babak pertama.


Menurut Solari, dia enggan meletakkan Syihan enggan meletakkan kesalahan kepada Syihan yang telah beraksi cemerlang menangkis percubaan-percubaan berbahaya pelawat.


Malah, sebarang kesilapan dan kecuaian adalah perkara biasa dalam bola sepak dan ia tidak wajar dijadikan alasan setelah kesebelasan yang diturunkan juga telah memberikan aksi terbaik bagi mengekang skuad Gremio itu hingga mampu bangkit memberikan tekanan pada babak kedua.


“Dia (Syihan) mungkin melakukan keputusan yang kurang bijak tapi saya enggan salahkan dia kerana keputusan dibuat secara tidak diduga, yang akhirnya telah menghukum dirinya sendiri.


“Lagipun dalam perlawanan ini, dia turut menjadi penyelamat kepada pasukan apabila berjaya menafikan percubaan-percubaan berbahaya lawan. Oleh itu, saya menganggap malam ini bukan malam kami.


"Saya tidak sukakan kekalahan tapi jika memilih untuk kalah, ini adalah caranya. Ini kerana kami sudah bermain dengan baik dan hampir mengejutkan mereka (Kawasaki Frontale),” katanya.

8 views0 comments

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page