top of page
  • Writer's pictureMohd Redzuan Moslim

ACL: THE RABBITS JADI LAUK HARIMAU SELATAN.


Perlawanan ke-6 Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga BG Pathum United.


Walaupun sedar peluang untuk ke Pusingan 16 ACL 23/24 telahpun tertutup rapat, namun anak buah Esteban Solari tetap mempamerkan kebangkitan yang luarbiasa untuk menewaskan BG Pathum United dari Thailand dengan jaringan 4-1 di Iskandar Puteri.

Penyerang Import dari Uzbekistan, Igor Sergeev terlebih dahulu membuat kejutan apabila memberikan gol buat pelawat pada minit ke-28.


Pada minit ke-52, Pengadil bertugas Ma Ning dari China memberhentikan perlawanan seketika untuk menggunakan teknologi Video Assistant Referee (VAR) apabila mendapati Danilo Alves melakukan halangan menggunakan tangan ketika menghalang tandukan Bergson Da Silva di dalam kotak penalti.



Nyata penggunaan VAR ini menyebelahi JDT sekaligus dihadiahkan sepakan penalti dan pemain pelawat tu diarahkan meninggalkan padang selepas mendapat kad kuning kedua.


Bergson Da Silva tidak mensia-siakan peluang itu dengan gol penyamaan JDT sebelum menyumbang satu lagi gol pada minit ke-66 untuk gol kedua Tuan Rumah.


Endrick Dos Santos menambah derita pelawat untuk gol ketiga JDT pada minit ke-87 sebelum Mr. MVP, Arif Aiman Hanapi membuktikan keistimewaan yang ada pada dirinya dengan menggelecek hampir 5 pemain lawan sebelum menyumbat gol keempat pada minit ke-2 masa tambahan perlawanan untuk melengkapkan penamat gemilang buat Harimau Selatan di peringkat tertinggi Liga Kejuaraan Asia 23/24.

6 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page