top of page

ACLE: HARIMAU SELATAN LOLOS KE PUSINGAN KALAH MATI DENGAN PENUH BERGAYA

  • Writer: Editor
    Editor
  • Feb 20
  • 1 min read

Johor Darul Ta'zim (JDT) mara bergaya ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila menewaskan Pohang Steelers 5-2 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar puteri pada selasa.



JDT membuktikan yang mereka bukanlah jaguh kampung apabila berjaya ke pusingan kalah mati hingga ke titisan peluh terakhir.


7 gol terhasil di dalam perlawanan tersebut dengan lima darinya untuk Harimau Selatan dan selebihnya buat pelawat.


Hector Bidoglio ternyata mempunyai ramuan rahsia apabila berjaya memerangkap pasukan dari Korea Selatan itu walaupun mereka terlebih dahulu mendapatkan jaringan.

Oscar Arribas, Bergson Da Silva, Ariff Aiman Hanapi, Jese Rodriquez berjaya menjaringkan gol buat JDT sebelum Jorge Obregon melengkapkan pesta jaringan dengan gol pada masa kecederaan.


Kemenangan ini nyata memberikan satu petanda yang Harimau Selatan bukan sahaja mampu memonopoli Liga Malaysia malah mampu memberikan saingan di peringkat Elite Asia.



Hampir 34’590 penyokong setia memenuhi segenap ruang Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri bagi menyaksikan detik bersejarah ini.

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page