top of page
Writer's pictureEditor

ACLE: JDT BUAT KIM PANG GON TERPEGUN, JUARA K-LEAGUE 2024 TUMBANG DI SSI


Johor Darul Ta'zim FC mengembalikan semula rentak kemenangan di pentas Asia Champion League 2024/2025 apabila menewaskan pasukan bimbingan Kim-Pan Gon dengan tiga jaringan tanpa balas.


Pengendali Ulsan HD FC, Kim Pan Gon nyata agak terkejut dengan kualiti yang dipamerkan pasukan Harimau Selatan ketika pasukanya tewas 3-0 di gelanggang lawan.


Ketiadaan dua pemain kebangsaan Korea Selatan, Lee Myung-Jae dan juga Ko Seoung-Beum yang mengalami kecederaan nyata merencatkan perancangan beliau sebelum perlawanan bermula lagi.



Bintang sensasi, Ariff Aiman Hanapi terus mempamerkan magis yang beliau miliki apabila Berjaya mendapatkan gol seawall minit ke-8 apabila menggunakan sepenuhnya ruang kesilapan yang dilakukan oleh Kim YonggWon sebelum mudah merembat melepasi Penjaga Gol Ulsan.


Tampak mereka berada di dalam keadaan tertekan, Kim Pan Gon pantas melakukan dua pertukaran awal dengan memasukkan ChungYong dan Hwang Seok-ho bagi memperkuatkan barisan pertahanan mereka.


Kemasukan Bergson Da Silva pada minit ke-53 bagi menggantikan Obregon memberikan lebih kekuatan untuk jentera serangan Harimau Selatan. Hasilnya pada minit ke-68, Oscar Arribas melakukan satu tendangan kaki kiri sebelum terbias oleh kaki pemain pelawat sebelum menerjah jarring untuk gol kedua JDT.



Afiq Fazail hanya memerlukan 2 minit di atas padang bagi memberikan sentuhan magis yang beliau miliki dengan melakukan lorongan yang baik kepada Bergson Da Silva dan membolehkan penyerang itu mendapatkan gol ketiga buat JDT.


Nyata kekalahan kepada JDT pada malam ini meneruskan rekod buruk pasukan “The Tigers” pada kempen ACL Elite 2024/2025 setelah tewas tiga kali pada perlawanan sebelum ini.


Kemenangan berharga di tempat sendiri ini nyata memberikan kegembiraan uat 34,236 penyokong setia Harimau Selatan yang memenuhi Stadium Sultan Ibrahim Iskandar PuterI.



1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page