top of page
Writer's pictureEditor

ACLE: JDT WASPADA SERANGAN BERBAHAYA SHANGHAI SHENHUA


Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio sedar dengan kelebihan dari situasi bola mati yang dimiliki oleh Shanghai Shenhua menjelang aksi kedua AFC Champions League Elite (ACLE).


Skuad Harimau Selatan turun ke gelanggang sendiri untuk bertemu satu lagi wakil China setelah berjaya mengikat juara Chinese Super League, Shanghai Port dalam aksi pertama lalu.


Manakala, Shanghai Shenhua pula hadir dengan momentum terbaik apabila membelasah Pohang Steelers dalam aksi pertama selain merekodkan empat kemenangan dalam lima perlawanan terakhir liga.


Menurut Bidoglio, pertemuan pada Selasa bakal menjanjikan aksi yang menarik buat kedua-dua pasukan dan para pemain JDT kini sedang bekerja keras untuk bertemu jaguh China itu.


”Ini akan menjadi perlawanan yang sukar dan menarik, tetapi kami lebih memberi tumpuan kepada diri sendiri dan pemain kini bekerja keras untuk itu,” ujar Bidoglio ketika sesi sidang media.


Tambah beliau lagi, kem JDT mengambil maklum kelebihan lawan dalam situasi bola mati dan persiapan rapi dilakukan oleh para pemain untuk berwaspada dengan serangan Shanghai Shenhua.


Set pieces sangat penting dalam bola sepak kini, dengan satu set piece, kamu boleh menentukan kemenangan atau kekalahan dalam suatu perlawanan,” kata Bidoglio yang ditemani Jordi Amat.


”Kami tahu pihak lawan mempunyai pemain yang tinggi dan merbahaya (dalam situasi bola mati) dan kami sedang menambah baik keadaan ini kerana kami juga mempunyai pemain yang bagus untuk menanduk.”


Pertemuan JDT dan Shanghai Shenhua bakal berlangsung pada Selasa, 1 Oktober di Stadium Sultan Ibrahim dengan sepak mula dijadualkan tepat jam 8 malam.


Kedudukan ACLE terkini menyaksikan JDT menghuni tangga kelima dengan satu mata manakala Shanghai Shenhua pula berada di tempat kedua, berkongsi 3 mata bersama Gwangju dari Korea Selatan. Sumber Artikel MakanBola

8 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page