top of page
Writer's pictureEditor

ACLE: KAMI SALING MENGENALI DAN KPG PERNAH MELATIH HARIMAU MALAYA-ARIF AIMAN


Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), berasakan aksi cemerlangnya dalam membantu JDT dalam kempen Liga Juara-Juara Elit (ACLE) adalah hasil kerja keras daripada satu pasukan dan bukannya bersifat individu semata-mata.

Dia menjaringkan gol pembukaan buat Harimau Selatan pda minit keenam selepas pertahanan Ulsan HD melakukan kesilapan mudah.


Pemain sensasi berusia 22 tahun itu kini telah menjaringkan empat gol di pentas ACLE sekali gus meletakkan namanya kembali sebagai senarai penjaring terbanyak kempen itu.


"Saya bersyukur, perlawanan malam ini kami turun dengan misi mesti menang. Bukan saya seorang tetapi satu pasukan berikan aksi terbaik.


"Satu motivasi untuk saya lebih maju dalam karier, ini adalah usaha satu pasukan. Apa yang saya mampu saya akan berikan yang terbaik."

Arif turut di tanya pendapat tentang bekas jurulatih Harimau Malaya itu, jelas beliau,

"Dia baru menang Liga Utama Korea Selatan, kami saling mengenali dan dia pernah menjadi jurulatih Malaysia. Itu sahaja." katanya.

1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page