top of page

ACLE: MISI HARIMAU SELATAN BALAS DENDAM TERHADAP BURIRAM UNITED

  • Writer: Saluddin Ismail
    Saluddin Ismail
  • Feb 20
  • 1 min read


Gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), berpeluang membalas dendam terhadap kuasa besar Thailand, Buriram United, dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) yang dijadualkan berlangsung Mac ini.



Selepas kekecohan berlaku tatkala penarikan diri Shandong Taishan semalam, skuad Harimau Selatan itu perlu bertemu Buriram United walaupun pada asalnya menentang Gwangju di peringkat kalah mati itu.



Ini adalah kesempatan paling sesuai buat pasukan bimbingan Hector Bidoglio untuk menewaskan pasukan lawan oleh sebab format timbal balik yang sudah pasti memberi kelebihan buat wakil Malaysia itu.


Misi hidup mati ini perlu diberi tumpuan khusus kerana dianggap sebagai penentuan untuk menghidupkan peluang mara ke pusingan seterusnya, sekali gus memberi kenaikan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).


Buriram terlebih dahulu melayani kunjungan JDT di Stadium Buriram pada 4 Mac, sementara juara Piala FA 2024 itu akan menanti perseteruan kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 11 Mac nanti.


Untuk rekod, kedua-dua pasukan seri 0-0 sewaktu perlawanan Kumpulan A ACLE, tahun lalu.


Sumber Artikel Stadium Astro

Комментарии

Оценка: 0 из 5 звезд.
Еще нет оценок

Добавить рейтинг
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page