top of page
Writer's pictureEditor

ACLE: TIGA KAD MERAH, AKSI DRAMA PANAS TANPA GOL JADI CERITA DI SSI


Gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri selepas sekadar seri bertemu Buriram United dalam perlawanan Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), malam tadi.


Tiga Kad Merah mewarnai saingan perlawanan Asia Champion League Elite 2024/2025 bagi perlawanan ke-6 buat pasukan Johor Darul Ta'zim FC menentang Buriram United.

Murilo De Santos terlebih dahulu mendapat Kad Merah seawal minit ke-13 sebelum Ketua Pasukan pelawat Theerathon Bunmathan menerima nasib yang sama pada akhir babak pertama perlawanan. Manakala satu lagi perolehi oleh ParkJunheon pada akhir babak kedua.


Separuh masa pertama, perlawanan tampak didominasi oleh Buriram United apabila mempergunakan sepenuhnya kelebihan bermain dengan kelebihan pemain sepanjang hamper 30 minit perlawanan.

Harimau Selatan tampak lebih berhati-hati Ketika melakukan serangan dan cuba menyerap seberapa banyak tekanan serangan dari "Raja Bolasepak Thailand" itu.


Separuh masa kedua menjadi seimbang semula apabila kedua-dua pasukan bermula dengan kekurangan seorang pemain.

Percubaaan terbaik yang dimiliki oleh JDt hadir pada minit ke-65, Bergson Da Silva melakukan satu tendangan kaki kiri namun Berjaya dibaca kemas oleh Neil Etheridge untuk menampan dengan tangan kanan.


Pasukan Buriram United Nampak terus memperkuatkan barisan serangan mereka apabila memasukkan pemain penyerang, Chrigor Moraes dan juga Marcelo Amado pada babak kedua. Nampak beberapa serangan Berjaya dijemelkan namun masih buntu menggegar gawang yang dikawal oleh Andoni Zubiaurre.


Kedua dua Juara Asia Tenggara itu terus buntu mencari gol dan terpaksa berpuas hati memperolehi satu mata bagi perlawanan ini.

10 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page