top of page
  • Writer's pictureMohd Redzuan Moslim

Adakah Amirbek Juraboev Marquee Signing Untuk Kedah DA Pada 2023?

Jika ditanya marquee signing untuk pasukan  Kedah untuk musim ni sebenarnya bukanlah Manny Ott, Lira, Balotelli, Lee Tuck ataupun Hidalgo. Tetapi adalah Amirbek Juraboev. 

Memandangkan team Kedah masih belum ada scouting team. pujian harus diberikan kepada agent yang membawa masuk Juraboev ke Kedah. Ianya agak berbaloi. Tidak dapat dipastikan sama ada agent yang sama membawa Bojan Ciger ataupun bukan sebab Ciger juga mempunyai kualiti yang baik.

Saga perpindahan Amirbek Juraboev agak underrated, kuota untuk slot Asia, sehinggakan penyokong Kedah sendiri tak teruja pasal dengan kehadiran beliau.


Tetapi selepas wujudnya figura bernama Amirbek Juraboev dalam pasukan Kedah musim ini, beliau berjaya membaiki banyak department yang telah menghantui pasukan Kedah dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 


Ramai pemain midfield keluar dan masuk. Tetapi tidak ada seorang pun pemain yang boleh mampu menawarkan stabiliti dalam pasukan. Kecuali Edgar Bernhardt pada musim 2019 yang lalu.


Juraboev bermain sebagai role no 6 yang kita gelar sebagai destroyer. Kadang kala beliau boleh bermain sebagai no 8 sekiranya diperlukan. Sebab beliau mempunyai play making dan penetrative pass yang agak baik.


Tak salah jika kita boleh anggap yang 1 ketika beliau dapat bertindak sebagai advance playmaker.


Kelebihan beliau selain dalam melakukan dirty work adalah ball recoveries dan boleh membaca permainan dengan baik. Selain itu, Juraboev juga mempunyai ability dari aspek long range shoot. 


Dalam perlawanan menentang TFC baru-baru ini, jika tiada pemain yang bernama Amirbek Juraboev di bahagian DMF pasukan Kedah, mereka akan struggle dalam pergelutan di middle third dalam menutralkan ancaman yang dihadirkan oleh Liridon Krasniqi serta Pusic Damogoj.


Kerana itulah bagi kami, Amirbek ni adalah marquee signing bagi Kedah untuk musim ni. Lepas Liridon Krasniq, Akram Mahinan dan Amirul Hisyam yang drop, Kedah sudah tiada lagi pemain yang mampu menawarkan stabiliti untuk pasukan mereka.


5 tahun Kedah hilang baka pemain sebegini, saban tahun barisan pertahanan Kedah agak terdedah dengan serangan dari lawan kerana tiada pemain di bahagian DMF yang mampu untuk shield backfour pasukan mereka.


Selepas 2 perlawan ini, selain Bojan Ciger, Amirbek Juraboev ini dah memberi bayangan yang beliau adalah pemain yang wajib kekal untuk musim yang akan datang. 


Mungkin terlalu awal nak diperkatakan, tapi setakat ini sudah menunjukkan dan membuktikan yang beliau boleh sesuaikan diri dengan kancah bola sepak Malaysia. 


Jika Kedah tak mahu kekalkan beliau sekalipun, mereka perlu mencari pemain sebaik atau lebih baik dari Juraboev.


Kesimpulan:


Seperti yang kami selalu katakan, marquee signing atau key player ni tak mudah untuk mencari replacement. 


Perlu menunggu lagi 3-5 tahun untuk dapatkan semula pemain yang berkualiti macam ni.


Jika pemain import lain tak perlu nak risau sangat memandangkan baka seperti mereka tidak sukar cari replacement.

2 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page