top of page
Writer's pictureEditor

AFC KESAN POTENSI JDT GILAP BAKAT MUDA DI MALAYSIA


Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberi penghargaan tertinggi kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas melihat potensi bakat muda Malaysia yang semakin menyinar di pentas tertinggi bola sepak Asia tersebut.


Wakil tunggal Malaysia di Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan memasuki musim kelima di pentas kejohanan berprestij ini.


Kemenangan berdepan wakil Thailand, BG Pathum United dengan keputusan 4-2 telah membuka mata ramai pihak tentang potensi sebenar JDT dan juga bakat muda tempatan yang diketengahkan oleh pasukan.


Ketua jurulatih JDT, Tano Solari terus memberi kepercayaan kepada barisan pemain tempatan dengan jentera serangan pasukan diketuai oleh pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi.


Pemain berusia 22 tahun itu berjaya meledak dua gol penting sekaligus diletakkan sebagai pemain dalam kesebelasan terbaik minggu ke-2 di ACL.


Arif terpilih sebagai pemain paling menyinar mingguan sekaligus menempatkan beliau bersama bintang kelab Arab Saudi iaitu Talisca dan pertahanan kental Al-Hilal, Kalidou Koulibaly.



Beliau juga berada dalam kelompok ‘future star’ oleh AFC sekaligus membuktikan bahawa bakat muda Malaysia yang digilap oleh JDT terus membuka mata Asia.

Arif kini diletakkan sebaris bintang muda Al-Quwa, Ali Jasim selaku bakat muda terbaik di ACL dengan kejohanan berprestij itu menjadi kayu ukur sebenar buat pemain untuk menyinar.



Beliau sudah meledak dua gol di ACL sementara 8 gol dan 10 bantuan gol di Liga Super 2023.


Kudrat Arif dijangka terus menjadi sandaran barisna kejurulatihan pasukan berdepan Ulsan Hyundai pada 24 Oktober di gelanggang lawan.

4 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page