top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

Akhyar Rashid Dan Faisal Halim Tunjuk Taring di SSI



Rentak kemenangan Anak Buah Kim Pan Gon diteruskan pada perlawanan ini apabila mudah menundukkan Hong Kong dengan jaringan 2 gol tanpa balas.


Di awal perlawanan, tampak Harimau Malaya agak sukar menyaingi rentak permainan yang ditunjukkan oleh barisan pemain Joern Andersen yang menggunakan kepantasan dan juga tempo yang agak laju.


Akhyar Rashid membuktikan yang beliau bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa apabila melepaskan satu tendangan kaki kanan yang menggegar gawang pelawat pada minit ke-18.



Pemain muda Kitchee FC, Poon Hui Hin berupaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34, namun ketumpulan penyudah beliau menyaksikan bola hanya sedikit melewati gol Malaysia.


Kebijaksanaan “Counter Pressing” yang dimainkan oleh Syihan Hazmi, apabila melakukan satu hantaran jauh dan segera menemui Darren Lok. Pemain Sabah itu tenang membuat hantaran kepada Faisal Halim sebelum satu tendangan dilepaskan oleh beliau untuk gol kedua Harimau Malaya pada minit ke-41.


Pada separuh masa kedua, beberapa perubahan taktikal telah dilakukan oleh kedua Ketua Jurulatih. Perlawanan menjadi semakin kompak dan beberapa peluang berjaya dicipta namun ketumpulan pemain serangan menyaksikan tiada tambahan jaringan dapat dihasilkan.


Dengan dua kemenangan yang berjaya diraih oleh pasukan Harimau Malaya dalam siri perlawanan Tier 1 antarabangsa ini, pasti akan menyaksikan peningkatan kedudukan yang ketara untuk skuad kebangsaan dalam ranking Fifa selepas ini.

3 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page