top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

AL SEEB FC Julang Piala AFC di Bukit Jalil

PERLAWANAN AKHIR PIALA AFC 2022 | KUALA LUMPUR CITY FC vs AL SEEB FC

: 22hb OCT 2022 (Sabtu) : 7.00 PM : Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia

: "AL Seeb FC JULANG PIALA AFC CUP 2022"

Para pemain dan pengurusan Al Seeb FC meraikan kemenangan menjulang piala AFC Cup edisi tahun 2022 setelah menewaskan Kuala Lumpur City FC.

Skuad Warga Kota terlebih dahulu mencipta peluang terbaik menerusi Zhafri pada minit ke-18 tetapi percubaan yang dilakukan berjaya ditepis penjaga gol Al Seeb, Ahmed Faraj.

Tersentak dengan serangan tersebut, pasukan pelawat memperkemaskan jentera serangan dan meraih gol pembukaan menerusi sepakan penjuru yang dilakukan oleh Ali Sulaiman Al Busaidi pada minit ke-22.

Jaringan tersebut menyaksikan pemain KL City hilang keyakinan apabila kerap melakukan kesilapan selain hantaran yang dilakukan juga tidak menemui sasaran yang tepat.

Al Seeb menggandakan kelebihan menerusi tandukan Abdul Aziz pada minit ke-36 untuk memastikan penjaga gol tuan rumah, Kevin Ray Mendoza tewas buat kali kedua.

Jurang gol terus dilebarkan dengan gol ketiga hasil percubaan yang dilakukan oleh Muhsen Al-Ghassani menerusi serangan balas pantas menarik pada minit ke-69.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan ketika 20 minit terakhir perlawanan tetapi keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Kelab Al Seeb berjaya mencipta sejarah menjadi pasukan dari Oman pertama menjuarai trofi Piala AFC dalam sejarah negara itu.

KL City pula gagal mengulangi ‘magis’ yang dilakukan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menjadi kelab Malaysia dan Asia Tenggara pertama menang Piala AFC pada edisi 2015.

( Photo by Ahmad Akma & Faiz Junaidi / TPS)




0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page