top of page

Analisis : Derbi Utara Kedah vs Penang

  • Writer: Editor
    Editor
  • Apr 6, 2023
  • 3 min read

Satu gol Willian Lira memberikan Kedah kelebihan untuk mengatasi pasukan pelawat dalam aksi derbi utara di Stadium Darulaman Alor Setar.


Sejujurnya kad merah Wan Amirul Afiq itu adalah turning point kepada permainan yang lebih agresif dari pasukan Kedah.


Permainan Kedah lebih tersusun dan serangan berterusan akhirnya membuahkan hasil. Kelebihan tipis yang melegakan tetapi masih banyak yang perlu diperkatakan tentang game plan malam tadi.


Kedah berjaya Kekalkan Momentum dengan 10 Pemain.


Kehilangan Wan Amirul Afiq ketika separuh masa kedua baru menjengah minit ke 10 bukanlah sesuatu yang dijangka.


Keputusan pengadil tidak boleh diubah lagi kerana kita sendiri tidak ada sistem VAR untuk mengesahkan sama ada terkena tangan Afiq atau tidak.


Kedah terpaksa bermain dengan 10 pemain dan Nafuzi Zain melakukan pertukaran mengeluarkan Al-Hafiz. Ini adalah lebih kepada pertukaran taktikal bukannya sekadar untuk menggantikan freshleg.


Sistem formasi kembali kepada asas 4-4-1. Ariff Farhan bermain di sebelah kanan, manakala Azrin di sebelah kiri.


Disebabkan kekurangan pemain, sistem ini lebih rigid. Nafuzi tidak mahu pemainnya kehilangan tenaga dan berhadapan 'counter-attack' lawan secara numerical.


Kedua-dua fullback tidak banyak digerakkan ke bahagian atas untuk memberi sokongan di wide area.


Mereka lebih fokus kepada defensive duty sebagai sokongan di barisan pertahanan.

Nafuzi 'mengorbankan' peranan NO10 untuk beradaptasi dengan 10 pemain.


Pujian patut diberikan kepada mentaliti pemain yang mengekalkan momentum serangan.

Itu adalah faktor yang sangat penting.


Kedah terus menekan pihak lawan sehingga Willian Lira menjaringkan gol setelah melakukan satu turning yang menarik hasil daripada sepakan sudut Manuel Hidalgo.


Kelebihan 1 gol berjaya dikekalkan sehingga wisel penamat. Kedah seharusnya lebih selesa di depan dengan kehadiran Fayadh Zulkifli dan Jonathan Baloteli namun ia tidak mampu diterjemahkan kepada jaringan tambahan buat tuan rumah.


Kedah lebih bahaya dengan 10 pemain?


Sebenarnya dalam masa yang sama, Penang mula bermain secara open play. Mereka cuba untuk menguasai mid-block dengan kelebihan yang ada.


Tetapi masalah yang dihadapi oleh pasukan lawan adalah link-up play dan cohesiveness gerakan-gerakan mereka sendiri sehingga menyebabkan mereka mudah kehilangan bola di middle third.


Manzoor Azwira sendiri mengakui bahawa pemainnya gagal untuk melakukan final pass yang baik ketika berada di final third.


Peranan Manuel Ott dan Amirbek Juraboev yang melakukan covering dan protecting defensive line Kedah juga lebih efektif.

Mereka menjadi shield kepada backfour pasukan Kedah dalam pertukaran transisi dari menyerang kepada bertahan kerana Kedah menggariskan garisan bertahan tinggi.

Kedua-dua pemain ini acap kali bertindak sebgai ball-winner dan memberikan keselesaan untuk Kedah melakukan build up serangan dari blok rendah.


Berbeza dengan separuh masa pertama, Penang FC bermain secara defensive menyebabkan kita sukar untuk melakukan penetratif run.


Separuh masa pertama yang hambar.


Jujur dalam memperkatakan tentang corak permainan di separuh masa yang pertama.

Terlalu banyak simple mistake yang berlaku. Hantaran jauh daripada rakan, tersasar, lambat track back bola. Segalanya berlaku dan mengundang risiko kepada pasukan.


Perkara ini diakui sendiri oleh Nafuzi Zain ketika diajukan soalan oleh wartawan yang bertugas selepas perlawanan tamat.


Skuad Harimau Kumbang berjaya mengeksploitasi ruang di belakang pertahanan Kedah dengan mudah. Mujurlah gerakan Adib tidak berhasil.


Skuad Kedah masih diuji dengan hab kreativiti yang rendah. Willian Lira agak statik dan tidak banyak perubahan yang diharapkan.


Begitu juga Al-Hafiz yang beraksi di bawah tahap yang sebenar termasuklah dalam perlawanan sebelum ini ketika bertemu Pahang di Darul Makmur.


Super save dari Kalamullah Al-Hafiz.


Kalamullah melakukan dua save penting. Satu melalui Adib yang berhadapan one-by-one dalam separuh masa pertama, dua melalui rembatan Andriano Narcizo.


Walaupun jarang kami mengulas mengenai peranan Kalamullah, tapi malam tadi beliau berada dalam kelasnya yang tersendiri. Dua save yang memberikan Kedah tiga mata berharga.


Kesimpulan


Walaupun kemenangan milik Kedah, tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki. Terlalu banyak kelemahan. Lawan mereka selepas ini pun bukan mudah.


Mungkin segelintir penyokong akan berkata, "dah menang apa lagi yang nak kondem?"


Ya Kedah menang tetapi penyokong tidak harus ada denial syndrome. Pasukan Kedah boleh bermain lebih baik daripada apa yang disajikan.


Bukan soal DNA, tapi analisis, pemerhatian dan penelitian dalam satu-satu permainan.

Cuma mentaliti pasukan ini sangat kuat. Ini faktor yang mengalahkan lawan. Apatah lagi dalam perlawanan derbi yang melibatkan pasukan


Penang FC yang senantiasa menjanjikan aksi yang dramatik.



(Photo by Aizad Fadziya / TPS)

 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page