top of page
  • Writer's pictureEditor

'ANOTHER LEVEL' SEPATUTNYA JDT BERMAIN DI LIGA JEPUN ATAU KOREA


Tiada ungkapan untuk menafikan kehebatan JDT pada masa ini apabila meneruskan dominasi dalam saingan Liga Super dengan 100% kemenangan dan terus menjadi pilihan utama untuk merangkul kejuaraan musim 2023 ini.


Malah skuad Harimau Selatan itu kelihatan begitu ampuh pada ketika ini apabila terus rakus tanpa belas kesihan membelasah lawan demi lawan, telah menghasilkan 36 gol dan hanya dibolosi sekali ketika bertemu TRW Kelantan FC.


JDT telah mendominasi saingan Liga Malaysia untuk tempoh sedekad yang lalu, dan tidak hairanlah mengapa ada yang menganggap JDT berada di tahap berbeza atau ‘another level’.


Walaupun sedia maklum, JDT sememangnya sudahpun beraksi dalam Liga Juara-juara AFC, namun ada segelintir yang berpendapat JDT tidak sepatutnya lagi beraksi di Liga Malaysia dan lebih layak menyertai liga negara lain sepenuhnya yang lebih kompetitif di Asia.


Turut memiliki pendapat yang sama adalah legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan,


“Bagi saya apa yang dipamerkan JDT musim ini luar biasa, dan ia juga ada kebaikan untuk Liga M. Pasukan-pasukan lain boleh menjadikan JDT sebagai contoh untuk ke arah lebih baik dalam segenap aspek.


“Namun, dengan level mereka sekarang, adalah lebih bagus JDT bermain di liga luar negara yang boleh memberi saingan. Mungkin di Jepun atau Korea Selatan, kalau ­Singapura atau Thailand tidak sesuai.


“Saya lihat liga di sana (Singapura dan Thailand) setaraf Liga M, malah kadang-kala liga kita lagi baik dan berkembang, jadi Jepun dan Korea pilihan terbaik,” katanya kepada media.


Walaupun hakikatnya sukar untuk membayangkan JDT beraksi di liga negara lain kerana faktor logistik dan geografi, pendapat Zainal mungkin didorong oleh suasana saingan di Liga Malaysia pada hari ini.


Selangor FC, Kedah Darul Aman FC, Sabah FC antara lawan yang dianggap pencabar utama kejuaraan kepada JDT pada musim ini.

11 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page