top of page

Arif Aiman, Endrick Dilepaskan Dari Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya

  • Writer: Saluddin Ismail
    Saluddin Ismail
  • Mar 26, 2023
  • 1 min read

Menurut ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pang Gon, Arif Aiman Mohd Hanapi dan Endrick Dos Santos telah dilepaskan keluar dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selepas ujian yang dibuat mengesahkan kedua-dua itu mengalami kecederaan.


Dengan situasi terkini itu, Arif Aiman dan Endrick sah tidak dapat diturunkan untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong pada Selasa, 28 Mac 2023.


Pegawai dan pasukan perubatan FAM sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemainnya dan telah bersetuju untuk melepaskan Arif Aiman dan Endrick ​​dari kem latihan pusat ini supaya mereka dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini.


Dengan ketiadaan Arif Aiman dan Endrick, baki 25 pemain lain akan meneruskan kem latihan pusat ini dan tiada penambahan pemain baharu.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page