top of page
  • Writer's pictureEditor

ARIF AIMAN HANAPI (JDT) PENERIMA ANUGERAH PEMAIN TERBAIK BULANAN LIGA SUPER PFAM EDISI FEBRUARI-MAC


Pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi edisi Februari-Mac 2023.


Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail dalam satu majlis ringkas sebelum perlawanan Liga Super antara PDRM FC dan Johor Darul Ta’zim di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.


Arif Aiman menerima peratusan undian tertinggi sebanyak 47.94% mengalahkan empat calon lain iaitu Park Tae-su (Sabah – 43.38%), Fernando Forestieri (JDT – 4.78%), Faisal Halim (Selangor – 2.98% ) dan Ramadhan Hamid (PDRM FC – 0.92%)

Beliau menerima hadiah plak, wang tunai bernilai RM2,000 dan produk minuman protein tajaan OPI.



Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM ini dikelolakan oleh Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM). Hal ini merupakan satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bola sepak profesional daripada PFAM.


Sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka selama seminggu kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.


Para pengundi boleh membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser) melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my.


Semoga anugerah ini dapat menjadi pendorong kepada pemain untuk lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka.


Sumber Info : PFAM

17 views0 comments

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page