top of page
  • Writer's pictureEditor

ARIF AIMAN TANDATANGANI KONTRAK JANGKA MASA PANJANG BERSAMA JDT


Sentuhan bintang muda sensasi, Arif Aiman Hanapi terus ditagih Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas penyerang sensasi berkenaan melanjutkan kontraknya bersama juara 'double quadruple' itu.


Perkembangan itu disahkan JDT menerusi laman facebook Johor Southern Tigers, hari ini.



Untuk rekod, pemain berusia 21 tahun itu muncul antara pemain menyerlah sepanjang musim ini selepas menjaringkan 24 gol dan melakukan 19 bantuan jaringan.



Sejak meraih penampilan pertama bersama skuad senior pada Mac 2020, Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) untuk dua tahun berturut-turut itu tidak menoleh ke belakang dan terus mengegar arena bola sepak tempatan dan antarabangsa.


Bermula daripada Akademi JDT pada 2018, dia menaiki tangga demi tangga menerusi JDTIV, JDT III, JDT II dan sehinggalah ke skuad senior.


Namanya bukan sahaja gah di Malaysia malah reputasinya juga menarik perhatian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), minggu lalu.


Badan induk bola sepak antarabangsa itu menyenaraikan Arif Aiman sebagai seorang daripada lima pemain yang bakal menjadi tumpuan pada saingan penuh prestij Asia di Qatar, awal tahun depan.


Jelas FIFA, pemain lincah itu menjadi antara watak penting buat Harimau Malaya terutamanya menerusi pencapaian hebat ditunjukkan Arif Aiman pada aksi pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, bulan lalu.

48 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page