top of page
Writer's pictureEditor

BATTLE OF THE REDS, PERLAWANAN EPIK LAGENDA EPL DI KUALA LUMPUR


Buat pertama kalinya, Kuala Lumpur akan menjadi saksi pertemuan epik pemain lagenda liga Inggeris dalam perlawanan ‘Battle Of The Reds’ di antara Manchester Reds dan Liverpool Reds yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27hb April 2024.



Manchester Reds’ membariskan pemain lagenda mereka seperti Dwight Yorke, Clayton Blackmore, Keith Gillespie, Ben Thornley, Eric Djemba Djemba, Paul Rachubka, Russell Beardsmore, Lee Martin, dan Danny Webber, dan Teddy Sheringham sebagai kapten pasukan.



Manakala untuk pasukan Liverpool Reds akan membariskan David James, Steve McManaman, Emile Heskey, Glen Johnson, Patrik Berger, Vladimir Smicer, John Durnin, Phil Babb, and David Thompson, bersama John Arne Riise yang akan mengetuai pasukan sebagai kapten.

Dan dijangkakan beberapa nama lagi akan turut memeriahkan perlawanan ini.


JBL, Spritzer dan ST Rosyam Mart telah berkerjasama menjadi Penaja Platinum sambil disokong oleh Nuuna sebagai Penaja Emas untuk membawa perlawanan Epik yang membariskan pemain-pemain lagenda bagi memberikan pengalaman yang cukup berharga buat para penyokong setia Manchester United dan Liverpool di Malaysia.



Pada sidang media tersebut, En. Noor Azlan Abu Bakar, Director of Business Development of Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) yang mewakili En. Azman Haji Tambi Chik, Chief Executive Officer of MyCEB, yang merupakan penaja sukan, AllStar Sports, ACO Media and World Football Legends (WFL), menjanjikan pengalaman yang luarbiasa ini kepada semua penyokong setia pasukan tersebut.


Encik Raf Yaakob yang merupakan Pengarah Project AllStar Sports pula mengharapkan agar festival ini mendapat sokongan penuh daripada penyokong bolasepak di Malaysia.



“Perlawanan yang bakal membariskan para pemain lagenda Manchester United dan Liverpool ini merupakan pertama kali di Malaysia. Peminat pastinya tidak melepaskan peluang menyaksikan pemain kegemaran mereka yang bakal mempamerkan aksi mereka di padang lantas membangkitkan kembali memori kegemilangan mereka pada masa dahulu.



Pasukan Liverpool hadir buat kali terakhir ke Malaysia pada tahun 2015 bagi perlawanan persahabatan menentang Malaysia XI sementara Manchester United kali teralhir datang pada 2009 juga menentang pilihan Malaysia XI’” ujar Raf Yaakob.


Tiket perlawanan tersebut boleh boleh dibeli secara atas talian di www.ticket2u.com.my dengan harga diantara RM78 hingga RM1,888 untuk tempat duduk VIP.



Selain itu, cenderamata exclusive untuk perlawanan itu juga tersedia untuk didapati secara pembelian online.


Penganjur kejohanan ini juga telah memberikan komitmen untuk menyumbang 100% penjualan tiket berharga RM108 yang berjumlah 376 tiket kepada Persatuan WeCare Journey.



Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Pertembungan Gergasi Bolasepak Dunia ini yang pasti menjanjikan pengalaman yang cukup menakjubkan buat semua peminat bolasepak Malaysia.

24 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page