top of page

BERGSON: 'SAYA SENTIASA DI SINI, KERANA SAYA BERASAKAN INI ADALAH RUMAH SAYA'

  • Writer: Editor
    Editor
  • Dec 23, 2024
  • 1 min read

Pemain import Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva, dicanang sebagai penyerang terbaru Harimau Malaya selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menyebut namanya akan melalui proses naturalisasi dalam masa terdekat.

Pemain dari Brazil itu bakal menjadi sebahagian daripada projek penstrukturan terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memastikan skuad kebangsaan kembali lebih hebat.



Sehingga kini, pemain berusia 33 tahun itu sudah menjaringkan 134 gol dalam 124 penampilan bersama Harimau Selatan setakat ini.


"Kamu menjumpai satu perkara yang terbaik untuk saya dan Harimau Malaya.

"Saya sentiasa di sini kerana saya sentiasa berasakan ini adalah rumah saya.


"Saya sangat pasti bos (TMJ) akan mebuat keputusan yang bernas untuk kami. Saya mempercayainya dan sangat menyayangi negara ini," katanya di Nadi Weekend.

コメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page