top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

Bin Zayed International Suntik Keyakinan Buat KDA!

BAGAIMANA KEDAH TAMPIL LEBIH MEYAKINKAN DALAM MUSIM 2023

Kedah sudah menoktahkan segala persiapan menghadapi musim baharu dengan pengumuman rakan tajaan antarabangsa dan jersi pasukan.


Bagi aku, keseluruhan persiapan pasukan boleh dianggap yang terbaik setelah beberapa musim kebelakangan.

Paling mengujakan adalah usaha jitu pemilik serta pihak pengurusan kelab untuk menarik tajaan antarabangsa, Bin Zayed International yang berpengkalan di Dubai.


Tidak cukup dengan itu, para pemain juga diberi peluang untuk menjalankan perlawanan pramusim di Turkiye dengan beberapa pertemuan dengan pasukan bintang dari liga luar.


Kalau kita perhatikan, Tan Sri Dr Daud Bakar mengambil masa yang singkat untuk mengembalikan aura fanatik penyokong Kedah, meskipun menghadapi musim lalu yang suram.


Kami cuba rumuskan tiga faktor yang mendorong sentuhan dan persiapan pasukan Kedah yang lebih meyakinkan.


Pertama, sentuhan peribadi Tan Sri Dr Daud Bakar selaku pemilik pasukan Kedah.

Aku masih ingat ketika Presiden KFA, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan Tan Sri sebagai patron, ramai yang tertanya-tanya siapa pemilik nama yang dimaksudkan.


Hari ini nama tersebut cukup dekat di hati peminat. Hampir mustahil mencari peminat Kedah yang masih belum mengenali beliau.


Aku rasa kita boleh bahas panjang lebar mengenai ketokohan beliau, tapi apa yang sebenaqnya mengikat kita adalah engagement yang berterusan Tan Sri dengan peminat.

Beliau menulis, bercerita dan berinteraksi tentang visi, misi dan perancangan dengan para penyokong. Segalanya diluahkan supaya peminat mengamati setiap tindak tanduk persiapan pasukan.


Sebab itu peminat rasa dekat dengan perancangan semasa pengurusan.

Kedua, aura jurulatih Nafuzi Zain untuk kembalikan DNA pasukan Kedah.


Soal DNA, identiti pasukan ini telah diulas sebelum ini. Cuma aku rasa peminat yakin Nafuzi adalah individu yang tepat untuk membawa semula pasukan ke tahap terbaik dengan taktikal moden.


Beliau ada falsafah taktikal yang tersendiri. Rekod yang ditunjukkan bersama Terengganu membuktikan Nafuzi mampu menggalas harapan yang menggunung peminat bola sepak Kedah ketika ini.


Ketiga, kombinasi pemain yang lengkap, seimbang dan kredibiliti.


Pemilihan pemain musim ini lebih terbuka sebab asasnya pasukan dah bebas daripada belenggu kemelut kewangan.


Nafuzi sendiri akui beliau berjaya mendapatkan pemain yang dimahukannya untuk mengisi kekosongan selain berupaya untuk menenuhi kehendak falsafah taktikal.

Kedah mengekalkan beberapa muka lama yang berpengalaman dengan pasukan, tidak kurang juga prospek pemain muda yang ada potensi besaq.


Selain itu, faktor terbesaq juga adalah 'big signing' pasukan seperti Hidalgo, Manuel Ott serta pemain import yang boleh dikatakan ada kualiti tersendiri.

Jadi, tiga faktor ini menjadikan persiapan Kedah musim ini tampil lebih meyakinkan. Walaupun persiapan yang sempurna, kita kena bersedia untuk berdepan realiti liga yang sebenaq.

Denai ini panjang dan berliku. Kita doakan Kedah boleh pergi lebih jauh insyAllah.

Credit: Analisis Tangga Ayam

3 views0 comments

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page