top of page
  • Writer's pictureSalehuddin Arsat

Carli De Murga Sertai Kelantan FC

Pertahanan kacukan Sepanyol-Filipina, Carli de Murga kembali semula ke pantai timur semenanjung tanah air selepas semusim bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bagaimanapun, kedatangan semula pemain berusia 34 tahun bukanlah ke kelab lamanya iaitu Terengganu FC. Sebaliknya, Carli menyertai ‘rival’ kepada bekas kelabnya iaitu Kelantan FC.


Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham mengesahkan penghijrahan Carli ke dalam pasukannya menerusi satu perkongsian di laman sosialnya, semalam.

Pengesahan itu menjadikan Carli sebagai pemain import ketujuh ditandatangani Kelantan pada jendela perpindahan kali ini.


Untuk makluman, penghijrahannya hadir selepas hanya semusim bersama skuad berjulukan Harimau Selatan terbabit. 


Carli sempat beraksi sebanyak 12 penampilan secara keseluruhan dalam saingan Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC serta mencetak satu gol sepanjang menyertai JDT.


5 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page