top of page
  • Writer's pictureMohd Redzuan Moslim

DEBUT HEBERTY DE ANDRADE DENGAN JARINGAN BUAT GERGASI MERAH REBAH


Pemain Import terbaharu yang telah ditandatangani oleh JDT pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia ini seolah-olah memberikan amaran buat pesaing bahawa kedatangan beliau ke sini bukan sekadar pelengkap pasukan.


Heberty merupakan bekas pemain Bangkok United dari Liga Thailand ini hanya memerlukan 34 minit selepas dimasukkan pada separuh masa kedua untuk mencetak akaun pertama jaringan beliau dalam Liga Malaysia 2023.


Melakukan satu terpaan pantas pada minit ke-79 untuk menyudahkan hantaran silang dari Oscar Arribas cukup untuk memberikan kelegaan buat seluruh pasukan Johor Darul Ta’zim serta peminat mereka.



Strategi serta taktikal bertahan menggunakan “Treler” yang diterapkan oleh Jurulatih Tan Cheng Hoe nyata tampak agak berhasil apabila berjaya memberikan kebuntuan buat JDT untuk mendapatkan jaringan.



Disiplin bertahan yang agresif itu nyata berjaya diaptasikan oleh keseluruhan pemain Selangor FC apabila menerima 5 kad kuning dalam keseluruhan perlawanan tersebut.


Pada 3 minit selepas masa sebenar perlawanan tamat, Bergson Da Silva berjaya menghadirkan gol kedua buat pasukannya apabila menyempurnakan penalti bagi memastikan Harimau Selatan terus kekal gayat di puncak liga dengan perbezaan 14 mata meninggalkan pasukan Selangor FC di tempat kedua.

2 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page