top of page
Writer's pictureEditor

DEBUT TAKAHIRO KUNIMOTO BANTU JDT UNTUK TEWASKAN SKUAD REMAJA KELANTAN FC.


Harimau Selatan mudah melangkah ke Suku Akhir Piala Malaysia 2023 apabila menewaskan Kelantan FC dengan aggregate 15 gol berbalas 1.


Kemunculan kali pertama Takahiro Kunimoto dalam liga Malaysia tidak memberikan dia masa terlalu lama untuk mempamerkan kualiti yang beliau miliki.


Bergson Da Silva membuka tirai jaringan buat Harimau Selatan apabila menyudahkan hantaran pendek dari Kunimoto pada minit ke-21.



Ketenangan serta kemahiran individu yang dimiliki oleh Kunimoto berjaya meletakkan beliau sebagai penjaring untuk gol kedua JDT. Beliau melakukan tarian individu bersama bola bagi mengelirukan beberapa pemain pertahanan Kelantan sebelum meletakkan bola dengan kaki kiri pada minit ke-24



Satu through pass dari Safiq Rahim membolehkan Takahiro Kumimoto melakar gol kedua peribadi buat beliau dengan satu volley yang memperdayakan penjaga gol pada minit ke-37.


Gol keempat JDT hadir apabila Bergson Da Silva menggunakan kekuatan badan yang ada pada dirinya untuk menyudahkan sepakan penjuru dari Juan Muniz pada minit ke 43.


Separuh masa kedua, tampak anak buat Esteban Solari terus bernafsu.


Juan Muniz melebarkan kedudukan buat JDT dengan menyudahkan hantaran dari Arif Aiman pada minit ke-54



Baru 2 minit dimasukkan, Daryl Sham berjaya mencuri tumpuan apabila melakukan jaringan pada minit ke-49 sebelum beliau melakukan assist buat Heberty Fernades untuk melakukan jaringan ketujuh buat Harimau Selatan.



Pesta jaringan diteruskan dengan gol dari Arif Aiman sebelum Bergson Da Silva melengkapkan hatrik buat dirinya pada minit ke-72.



Pemain bawah 20 JDT, Ahmad Aysar Hadi memastikan pasukannya melangkah bergaya ke Suku Akhir apabila menjaringkan gol ke-10 buat JDT pada minit ke-90+3 perlawanan.


1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page