top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

DOMINASI JUARA LIGA SUPER SATU DEKAD



Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya dinobatkan selaku juara Liga Super musim 2023 untuk melengkapkan perjalanan sedekad gemilang pasukan.


Kemenangan 4-0 ke atas PDRM FC menyaksikan pasukan bimbingan Tano Solari muncul juara dengan baki 4 perlawanan dalam tangan.


Skuad Harimau Selatan sekali lagi membuktikan bahawa kekuatan pasukan sukar digugat oleh mana-mana pasukan pada musim ini. JDT mengharungi 22 perlawanan liga tanpa kalah selain merekodkan 86 jaringan sementara hanya dibolosi dengan 7 gol sahaja.



Era gemilang Harimau Selatan telah pun berlangsung sejak 10 tahun lalu di bawah pimpinan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dengan kejayaan sulung bermula ketika menjulang trofi Liga Super Malaysia buat kali pertama pada 2014.

Kejuaraan Liga Super pertama JDT tercatat pada musim 2014, apabila pasukan itu berjaya menewaskan Sarawak dengan jaringan tunggal Jorge Pereyra Díaz di Stadium Negeri di Kuching, Sarawak selepas mengatasi Selangor menerusi kelebihan dua mata. Selepas itu, JDT tidak lagi mahu menoleh kebelakang untuk sekadar mengenang sejarah menjadi 'King" di masa lampau apabila terus memburu kejuaraan saban tahun


Kejuaraan ke-10 Liga Super ini menyaksikan JDT telah merekodkan 28 trofi buat kelab sekaligus membuka lembaran baharu buat bola sepak Johor.


Berdasarkan rekod, Harimau Selatan telah menjulang 8 Piala Sumbangsih, 3 Piala FA, 3 Piala Malaysia dan satu kejuaraan Piala AFC.


Momentum cemerlang ini juga bakal meletakkan JDT pada landasan terbaik untuk menamatkan kempen liga dengan rekod tanpa kalah seperti musim 2016, 2020 dan 2022.


JDT setakat ini sudah meledak 122 gol dalam semua pertandingan dengan sudah pun menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super 2023.


Momentum cemerlang ini bakal membantu JDT untuk mengharungi kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) berdepan BG Pathum bagi aksi kedua kumpulan.


Keunggulan JDT dalam dan luar padang menjadi teladan terbaik buat kelab lain di Malaysia untuk terus mengukir nama di pentas tertinggi bola sepak domestik dan juga Asia. Sumber Artikel MakanBola

5 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page