top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

ESTEBAN SOLARI: PERLAWANAN MENENTANG PDRM PALING MEMBOSANKAN


Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mengakui aksi Liga Super menentang PDRM merupakan antara perlawanan yang paling membosankan setakat ini.


Dalam perlawanan itu, JDT dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan tipis hasil jaringan Fernando Forestieri pada minit ke 61.



Bagaimanapun, ia bukan perlawanan yang mudah kerana PDRM bermain dengan strategi ‘parking bus’ sehingga memberi kesukaran kepada penyerang utama JDT, Bergson Da Silva untuk mencari jaringan pembukaan.


“Saya rasa ini perlawanan yang paling membosankan setakat ini. Saya tak pasti jika ia dipanggil sebagai perlawanan yang sukar kerana anda tahu PDRM asyik bermain bertahan dan sering melambatkan masa.


“Saya tak salahkan mereka kerana ia adalah strategi biasa dalam perlawanan bola sepak tetapi saya tidak fikir ia memberi kesukaran kepada kami hari ini.


“Inilah bola sepak, mereka boleh bermain dengan apa-apa strategi. Ia akan jadi lebih menarik jika ada kreativiti dalam melakukan serangan dan seterusnya menghiburkan para penyokong di stadium,” kata Solari dalam sidang media selepas perlawanan.


Tambahan pula, penjaga gol PDRM, Nor Hakeem Hamidun turut beraksi cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya termasuk sepakan penalti Bergson sekaligus memastikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama.



“Seperti saya katakan, perlawanan ini merupakan satu cabaran baru untuk kami. Kita tidak dapat kekalkan intensiti permainan. Dan dalam perlawanan hari ini, kita tiada ruang untuk bermain dan mereka bermain dengan baik dari segi pertahanan.


“Kita ada banyak peluang tetapi bila kita tidak ambil peluang tersebut, ia akan menjadi sukar. Tetapi pada akhirnya, kalau saya tak jaga pertahanan, mereka pula akan datang ke bahagian kita.


“Kita mendominasi perlawanan, kita mengawal perlawanan. Tetapi bila kita tidak menjaringkan gol, kita menderita. Tetapi pada akhirnya, ia satu kemenangan yang bagus dan kita berhak mendapatnya,” katanya dalam temubual pasca-perlawanan dengan Astro Arena.


Dengan kemenangan ini, JDT melebarkan kelebihan lima mata di hadapan pasukan di tempat kedua, Selangor. Ini turut menjadikan Harimau Selatan satu-satunya pasukan yang mempunyai rekod kemenangan 100% dalam Liga Super setakat ini. Sumber Info : Astro Arena, Stadium Astro, MakanBola, Vocket FC

0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page