top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

FADZRUL DANEL DAN FAYYADH ZULKIFLI PERLU USAHA KERAS!!

Pernahkah penyokong pasukan KDAFC sedar bahawa pasukan ini mempunyai 2 pemain yang bernilai 5 juta?


Dimanakah mereka dan siapakah mereka berdua?


2 pemain tersebut adalah Fadzrul Danel dan Fayyadh Zulkifli dimana suatu ketika dulu mereka berdua pernah diletakkan tanda harga bernilai 5 juta.

Bagaimana dengan prestasi semasa mereka berdua ketika ini?


Bila difikirkan balik mereka masih lagi bersama pasukan KDAFC hingga sekarang namun prestasi semasa mereka ketika ini dilihat masih lagi dalam keadaan yang tidak konsisten.


Mereka bermula mendapat tempat di pasukan utama KDAFC bermula dari tahun 2018 sebagai pemain gantian dan hingga sekarang masih lagi bukan sebagai pemain utama pasukan lebih kepada supersub saja.


Berdasarkan rekod prestasi 2 pemain ini Fayyadh Zulkifli dilihat lebih menonjol pada musim 2022 ini namun beliau masih belum berjaya mendapat tempat untuk pasukan kebangsaan malah untuk pasukan KDAFC sendiri beliau antara pemain yang berkesan sebagai pemain gantian sahaja walaupun beliau banyak menjaringkan gol.


Manakala Fadzrul Danel lebih tidak mempunyai minit yang banyak serta rekod jaringan dan bantuan jaringan juga tiada pada musim 2022 dimana beliau juga banyak beraksi sebagai pemain gantian sahaja.


Bagi kami, mereka berdua adalah pemain yang mempunyai potensi yang sangat tinggi yang memenuhi kriteria pemain yang bakal menjadi tunjang pasukan KDAFC di masa akan datang namun setelah hampir 4 tahun berada bersama pasukan utama mereka masih lagi gagal mencapai sepertimana yang peminat harapkan.


Antara aspek yang mereka berdua perlu tingkatkan adalah : -

- Teknikaliti Pemain

- Tahap Fitness & Fizikal Pemain

- Pemahaman Fungsi Peranan Pemain Dalam Taktikal Gameplay

- Mentaliti Untuk Merebut Kesebelasan Utama

Namun segala apa yang berlaku pihak kami harapkan dengan pasukan dibawah kendalian jurulatih serta pasukan baru mereka berdua dapat menggunakan kesempatan ini untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya layak menjadi pemain yang bernilai untuk pasukan KDAFC musim ini kerana bagi kami mereka sememangnya ada kemampuan itu cuma perlu pertingkatkan lagi prestasi semasa mereka berdua.


Kredit: FB Page Analisis Tangga Ayam


1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page