top of page
  • Writer's pictureEditor

FAISAL HALIM: FAM JATUHKAN HUKUMAN PENGGANTUNGAN EMPAT BULAN


Selangor FC mengesahkan tonggak utama mereka, Faisal Abdul Halim digantung selama empat bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).


Hukuman yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib itu susulan kenyataan media yang dibuat pemain kebangsaan terbabit selepas perlawanan menentang Sabah pada 27 April lalu.



Keputusan berkenaan dimaklumkan kepada Selangor FC, hari ini, selepas wakil kelab dan pemain hadir di hadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk perbicaraan, semalam.

Selangor FC dalam satu kenyataan bagaimanapun menjelaskan Faisal yang lebih dikenali sebagai Mickey digantung sebulan dahulu bermula semalam hingga 23 Ogos ini.


Kelab itu berkata, baki tiga bulan lagi ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik pemain terbabit selama 12 bulan dari tarikh 24 Ogos tahun ini hingga 24 Ogos tahun hadapan.



"Oleh itu, beliau (Faisal) tidak boleh disenaraikan untuk perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), Kuala Lumpur City FC, Negeri Sembilan FC dan kedua-dua perlawanan Piala Malaysia menentang PDRM FC," kata kelab itu.


Hari ini, BH Sukan melaporkan Faisal bakal berdepan penggantungan selama sebulan dengan berita hukuman itu menjadi bualan hangat dalam kalangan peminta bola sepak tempatan.

2 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page