top of page
  • Writer's pictureEditor

FAISAL HALIM: KEADAAN TERKINI SELEPAS INSIDEN SIMBAH ASID


Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim muncul kali pertama di hadapan khalayak ramai sejak kali terakhir Mei lalu.

Tonggak berusia 26 tahun itu mengharungi ujian yang cukup mencabar apabila mengalami insiden simbahan asid ketika berada pada sebuah pusat membeli-belah terkemuka negara.


Beliau disahkan mengalami kelecuran tahap emoat dan telah pun menjalani 4 pembedahan termasuklah implan kulit yang diimport dari Belgium.

Menerusi satu sesi sidang media di SFC Lounge, Shah Alam hari ini, Faisal Halim tampil di hadapan media buat kali pertama selepas insiden tersebut.


Beliau mengakui terfikir untuk bersara setelah kejadian tersebut namun sokongan semua pihak membuatkannya kembali bersemangat.

“Saya sanggup tinggalkan gaji saya bepuluh ribu asalkan keluarga saya selamat, hidup saya tenang.


Faisal juga memaklumkan mengenai kejadian tatkala beliau mengharungi detik paling mengerikan sepanjang hidupnya.


“Kalau boleh saya dah tak mahu ingat tentang kejadian itu lagi.


“Pada ketika kejadian saya disimbah asid itu, saya diberitahu oleh orang sekeliling bahawa tiada apa, tetapi saya merasakan badan saya panas dan pedih tetapi 2-3 orang mengatakan tidak bahaya.

“Apabila telah berlaku, benda ini bahaya dan luar biasa sebenarnya,” jelasnya kepada Astro Arena.


Beliau bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut situasi selepas itu berikutan dimasukkan ke dalam Init Rawatan Rapi (ICU).


Faisal dijangka dapat kembali menjalani latihan seawal tiga bulan lagi namun kini fokusnya adalah untuk menjalani pemulihan sebaik mungkin.

1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page