top of page
  • Writer's pictureMohd Redzuan Moslim

Fakta : Misi Jaringan Tanpa Belas Kasihan Oleh JDT


Sesuatu yang menarik dalam pertemuan minggu ke lapan Liga Super antara JDT dan Kedah DA FC, yang menyaksikan dominasi amalan tradisi kemenangan melalui jaringan 'Tanpa Belas Kasihan' oleh Johor Darul Ta'zim diteruskan dengan Kedah Darul Aman FC pula di jadikan santapan 'moreh' untuk kali ini.


Di sini, kami kongsikan senarai beberapa fakta dari rangkuman analisis ringkas,


Kesebelasan Utama JDT FC

Esteban Solari melakukan 5 pertukaran pemain untuk kesebelasan utama pasukan berbanding perlawanan lalu ketika JDT menewaskan Perak di Ipoh.


Merehatkan Afiq Fazail, Leandro Velazquez, Diogo Dos Santo, Shane Lowry dan juga Corbin Ong.

Memberikan kepercayaan buat Bergson Da Silva, Hong Wan, Juan Muniz, Endrick dan juga Oscar Arribas memulakan perlawanan.



Kesebelasan Utama Kedah DA

Nafuzi Zain pula, memberikan kepercayaan penuh buat skuad yang hampir sama ketika menewaskan musuh Utara mereka, Penang FC pada perlawanan yang lalu.


Memberikan peluang buat Rodney Celvin dan Kamil Akmal untuk memperkuatkan barisan yang sedia ada dan merehatkan Arif Fathan serta Al Hafiz.


Mukadimah Awal .

Motivasi positif yang dibawa kedua-dua pasukan apabila menang pada perlawanan lalu nampak mengusai minda pemain.


Segala perancangan jurulatih nampak tersusun diawal permainan. JDT kerap melakukan serangan dan taktikal bertahan Kedah nampak cukup berdisiplin.


“Glancing Header” Feroz Baharuddin

Meninggalkan posisi sebagai Bek Tengah untuk turut serta dalam serangan dari situasi sepakan sudut nyata membuahkan hasil.


Bermula dari sepakan sudut pantas oleh Fernando Foresteiri yang mencari Ariff Aiman yang bersedia menghantar tepat ke kepala Feroz Baharuddin untuk satu tandukan kilas yang melalui beberapa pemain Sang Kenari yang nyata memberikan suntikan semangat buat Harimau Selatan.


Afiq Fazail “The Game Changer”

Esteban Solari seakan terhidu sedikit kepincangan dibahagian midfield telah melakukan satu perubahan apabila merehatkan Endrick Dos Santos dan meletakkan kepercayaan kepada Afiq Fazail untuk melakukan sesuatu.


Bergandingan dengan Hong Wan dibahagian Centre Midfielder dan membiarkan Juan Muniz Gallego bergerak bebas untuk merencakan gerakan ke arah kawasan serangan nyata memberikan impak yang berbeza.


Arif Aiman ‘The Super Natural’

Kudrat si Arif Aiman dari awal permainan nyata tidak perlu disangkal. Berlari ke segenap penjuru padang untuk terlibat dengan dengan setiap gerakan.


Hampir semua pemain berjaya beliau tewaskan dengan langkah yang cukup tenang dan bersahaja.


Arif terlibat dalam penghasilan gol kedua dan ketiga sebelum menyempurnakan sendiri hantaran dari Syahmi Safari untuk gol keempat Harimau Selatan.


JDT ‘ The Next Level '

Mempunyai adunan pemain yang mampu bermain di dalam keadaan intensiti tinggi hingga ke minit ke-90. Support pemain simpanan yang cukup bersedia untuk diturunkan dan mempunyai kualiti yang hampir sama dengan skuad utama juga merupakan kelebihan buat Harimau Selatan.


Falsafah bolasepak yang diterapkan oleh TMJ untuk keseluruhan pasukan merupakan satu keistimewaan buat JDT.


Walaupun bertukar tugasan kejurulatihan dari era Benjamin Mora, Hector Bidoglio dan kini Esteban Solari, jiwa dan naluri pemusnah yang ditekankan oleh TMJ seakan sudah sebati di dalam jiwa seluruh keluarga Johor Darul Ta’zim FC.


25 views0 comments

ความคิดเห็น

ได้รับ 0 เต็ม 5 ดาว
ยังไม่มีการให้คะแนน

ให้คะแนน
bottom of page