top of page
  • Writer's pictureEditor

FEROZ BAHARUDIN DAPAT GAJI BAHARU SEMPENA HARI RAYA


Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) ada berkongsian mengenai tangga gaji pertahanan muda pasukan, Feroz Baharudin.


Anak jati Kota Tinggi, Johor itu merupakan watak penting buat Harimau Selatan bermula hujung musim lalu hingga ke permulaan musim ini.


Beliau juga menjadi pilihan utama pengendali pasukan, Tano Solari untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan.

Namun begitu, menurut satu kenyataan oleh TMJ kepada Astro Arena, baginda merasakan. bahawa gaji yang diterima oleh Feroz masih rendah.


Sungguhpun telah menjadi tunjang utama pasukan, pemain berusia 23 tahun itu masih menerima gaji yang lebih kecil berbanding yang lain.



“Semalam saya nak naikkan gaji Feorz dengan Arif Aiman. Saya dapat tahu gaji Feroz berbelas ribu sahaja.”


“Tetapi saya tahu pasukan lawan saya membayar gaji pemain lokal sehingga mencecah RM80-90 ribu,” jelasnya kepada Astro Arena.


TMJ juga menjelaskan bahawa JDT cuba untuk menurunkan perbelanjaan untuk membayar gaji pemain serendah mungkin dengan mengikut kemampuan pasukan.

Feroz juga kini sudah pun beraksi sebanyak 6 perlawanan dengan mencatat satu gol dan satu bantuan gol setakat ini. Sumber Info : Astro Arena, MakanBola

24 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page