top of page
  • Writer's pictureEditor

FEROZ BAHARUDIN:JADIKAN MIMPI INDAHJARINGKAN GOL SEBAGAI REALITI


Pertahanan muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Feroz Baharudin berjaya menjadikan mimpi indahnya sebagai realiti selepas menyumbat masuk gol kedua pasukannya pada aksi final Piala Malaysia, malam tadi.


Pemain berusia 23 tahun itu menyambar sepakan sudut yang dihantar Heberty Fernandes pada minit ke-73 untuk kembali meletakkan Harimau Selatan mendahului 2-1 selepas sepakan penalti Ivan Mamut dan gol penalti Bergson da Silva.

Ketika ditemubual stesen televisyen swasta selepas tamat perlawanan, Feroz mengakui dia bermimpi untuk menjaringkan gol buat JDT sekalipun sedar dia tidak akan membarisi kesebelasan utama bagi final itu.


Namun dia percaya jaringan itu sudah menjadi rezekinya apabila dia masuk untuk menggantikan Shane Lowry yang mengalami kecederaan selepas bersambung babak kedua.

"Saya tak dapat nak katakan apa-apa dengan jaringan ini kerana saya betul-betul tak sangka. Apa yang jadi ini adalah rezeki saya.


"Saya sebenarnya tidur malam semalam (Khamis), saya mimpi sebenarnya dan jujur saya cakap saya mimpi menjaringkan gol.


"Saya tahu, saya tidak bermula sebagai kesebelasan utama untuk hari ini tapi saya bersyukur masuk pada separuh masa kedua dan dapat menjaringkan gol," katanya.


Jaringan Feroz jelas menyemarakkan lagi pemain JDT dan mereka beroleh jaringan ketiga menerusi sepakan penalti Arif Aiman Hanapi pada minit akhir perlawanan untuk kemenangan 3-1 ke atas Terengganu FC (TFC).

1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page