top of page

FINAL PIALA FA: KONTROVESI 'NO COMMENT' TAK HALANG JDT RAIH KEJUARAAN PIALA FA

  • Writer: Editor
    Editor
  • Aug 25, 2024
  • 1 min read

Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya memenangi Piala FA buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Selangor dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.



Sepakan pemain import, Juan Muniz, dengan kaki kiri berbisanya melalui sepakan percuma di luar kotak penalti menewaskan Samuel Somerville untuk jaringan pertama JDT pada minit ke-25 sebelum pemain sensasi, Arif Aiman, menggandakan kelebihan menerusi tandukannya buat skuad Harimau Selatan sebelum tamat separuh masa pertama.



Gergasi Merah sedar akan ancaman dari lawannya, nampak memperkemaskan barisan pertahanan dan cuba untuk memberikan saingan.

Alvin Fortes seakan memberi nyawa baru buat Merah Kuning dengan serangan balas solo dari bahagian tengah sebelum menewaskan Syihan Hazmi untuk gol pertama Selangor pada minit ke-59.


Gol tersebut seakan menyentap organisasi pasukan Merah Biru dengan pasukan itu menambah tiga lagi gol masing-masing oleh Bergson Da Silva dan hatrik dari Juan Muniz.

Setengah Dozen jaringan pada perlawanan ini seolah-olah JDT mengajar Gergasi Merah bagaimana bermain bolasepak di Perlawanan Akhir.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page