Menjelang aksi final Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu Terengganu malam esok, kapten Harimau Selatan, Jordi Amat, meluahkan kerisauannya terhadap kondisi padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
"Saya harap padang berada dalam keadaan baik esok. Saya sejujurnya memang tidak gembira dengan keadaan padang," katanya dalam sidang media praperlawanan yang disiarkan secara langsung di Astro Arena.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan untuk beraksi dengan baik pada perlawanan itu.
Mengenai perlawanan tersebut, beliau tidak melihat JDT sebagai pasukan pilihan dan menganggap kedua-dua pasukan memiliki peluang yang sama untuk menjadi juara.
“Dalam perlawanan akhir seperti ini tiada pasukan pilihan, kedua-dua pasukan sememangnya layak beraksi di final.Saya suka lihat gaya permainan Terengganu, kami pernah menentang mereka di Gong Badak dan mereka beraksi dengan sangat baik, jadi saya harap esok kami dapat beraksi dengan lebih baik daripada mereka.”
Beliau menegaskan bahawa dua perkara yang menjadi kunci kejayaan kepada JDT adalah gaya permainan serta mentaliti kemenangan, dan berharap semua pemain dapat menunjukkan kedua-duanya pada perlawanan esok.
Keadaan padang di venue berkenaan kekal menjadi perdebatan dalam kalangan peminat tanah air.
Comments