top of page

HARIMAU MALAYA BAKAL RASAI PENGALAMAN BAHARU STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

  • Writer: Editor
    Editor
  • Oct 12, 2023
  • 1 min read

Harimau Malaya bakal beraksi di Pestabola Merdeka esok dengan wajah baharu padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang perasmiannya disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini.


Majlis perasmian turut diiringi oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

Hadir sama, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.


Kredit Foto FAM

Penyokong Harimau Malaya juga bakal merasai pengalaman baharu apabila gelanggang keramat Harimau Malaya itu bukan sahaja menggunakan rumput baharu, malah proses naik taraf turut dilakukan di bahagian lain termasuk tempat solat dan tandas.


Datuk Haji Hamidin berkata, menjadi satu penghormatan buat Harimau Malaya yang akan menjadi pasukan pertama ‘merasmikan’ padang baharu menentang India esok.


“Kami menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail yang menggunakan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia ditaja oleh Tunku sebagai sumbangan kepada bola sepak

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page