top of page
Writer's pictureEditor

HARIMAU MALAYA: EVOLUSI DAN ERA BAHARU FAM, EMPAT JURULATIH BERPROFIL TINGGI DALAM PERHATIAN.


Sedang hangat diperkatakan ketika ini apabila diberitakan empat jurulatih berprofil tinggi ini akan bernaung di bawah revolusi era baharu FA Malaysia .


Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik satu pelan mengenai struktur terbaru pasukan Harimau Malaya menerusi Intagramnya, semalam.

Hantaran tersebut sedikit-sebanyak memberi bayangan mengenai evolusi baru skuad negara yang lebih rapi, termasuk beberapa penambahbaikan akan berlaku.


Paparan itu menunjukkan carta organisasi yang lebih teratur dan tersusun demi melihat skuad negara lebih berdaya saing dengan pasukan lain.


Posisi jurulatih menjadi tanda tanya susulan spekulasi perpindahan Nafuzi Zain ke skuad B-23 tahun negara selain kemungkinan kehadiran semula Tan Cheng Hoe turut menjadi khabar angin.


Terdahulu, Pemangku Sultan Johor itu disebut-sebut sebagai individu yang akan mengambil alih kepimpinan baru badan induk, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), seterusnya memimpin organisasi itu ke arah lebih maju.



Sudah tentu perjumpaan TMJ bersama tokoh bola sepak seperti bekas pemain Australia, Tim Cahill, serta Ketua Umum Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir, menjadi pemangkin kepada permulaan yang baru bola sepak Malaysia.


Begitupun, terdapat desas-desus mengatakan Harimau Malaya akan dirombak dan satu projek baru akan berlaku.



1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page