Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-Gon memberikan keyakinan bahawa skuad kendalian beliau cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan menentang Turkmenistan pada 23hb Mac 2023 nanti.
Lawan yang berada di ranking 135 Fifa itu nyata adalah seteru yang sesuai buat Harimau Malaya kerana berada di kedudukan 10 tangga lebih baik dari skuad negara pada ketika ini.
Skuad yang mendapat jolokan “Karakum Warrior” itu juga pasti akan menebus kekalahan mereka 1-3 ke atas skuad negara ketika perlawanan kelayakan Piala AFC Asian Cup pada Jun 2022.
Kim Pan-Gon juga percaya fasiliti terbaik yang disediakan oleh TMJ pada perlawanan kali ini akan memberikan kelebihan buat skuad negara dan berharap agar kebanjiran penyokong serta atmosfera yang sering dilakukan oleh “Ultras Malaya” dapat diulangi di Stadium Sultan Ibrahim kelak.
Sementara itu, Dion Johan Cools yang bakal menggalas tugas sebagai Ketua Pasukan percaya dengan kemasukan hampir 8 pemain baru, skuad Harimau Malaya yang ada sekarang adalah pasukan serba lengkap dan pemain yang ada telah memberikan persaingan yang sihat ketika sesi latihan dan bersedia untuk disenaraikan dalam perlawanan sebenar.
Comments