Johor Darul Ta'zim FC Berjaya menempah tiket ke Perlawanan Akhir Piala FA 2024 apabila menang ke atas Sang Kenari dengan Aggreget 5-1.
Jurulatih Kedah DA FC tampak Berjaya merencanakan pasukannya dengan baik apabila mengikat JDT tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Barisan pertahanan Sang Kenari mempamerkan disiplin bertahan yang cukup tinggi apabila kerap menggagalkan segala serangan tuan rumah.
Nampak seakan perlukan strategi baru, Hector Bidoglio melakukan pertukaran strategi apabila mengeluarkan Romel Morales bagi digantikan dengan Afiq Fazail sebaik bermulanya separuh masa kedua.
Tampak kehadiran Afiq Fazail mengubah momentum serangan tuan rumah.
Pertahanan muda Harimau Selatan, Feroz Baharuddin berjaya mencuri tumpuan pada minit ke-49 apabila beliau berada di situasi yang cukup tepat untuk menyudahkan hantaran silang dari Matt Davies untuk gol pertama JDT.
Bergson Da Silva Berjaya menjarakkan kedudukan untuk tuan rumah. Sekali lagi situasi bola mati menjadi kelebihan buat JDT apabila pemain itu menanduk masuk sepakan sudut Juan Muniz Gallego.
Keberkesanan Juan Muniz pada malam ini diterjemahkan dengan jaringan oleh beliau apabila menyudahkan hantaran pendek rakan sepasukan, Murilo Henrique pada minit ke-82 perlawanan untuk gol ketiga Harimau Selatan.
Dengan 3 jaringan di tempat sendiri ini, Johor Darul Ta'zim FC berjaya layak dengan aggregate 5-1 untuk bertemu Selangor FC di Perlawanan Akhir Piala FA 2024 yang dijadualkan berlangsung pada hujung Ogos 2024.
Comments