top of page

Harimau Selatan Sedia Pertahan Gelaran

  • Writer: Mohd Redzuan Moslim
    Mohd Redzuan Moslim
  • Feb 23, 2023
  • 1 min read

Updated: Mar 1, 2023


Keputusan positif dengan 3 kemenangan pada 5 perlawanan terakhir di dalam kempen Pre Season di Dubai telah memberikan keyakinan buat JDT untuk perlawanan pertama dalam kancah Liga Super Malaysia 2023 nanti.


Mereka yang bakal menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Iskandar nanti bakal menurunkan skuad terkuat apabila hanya Natxo Insa yang terlepas kerana kecederaan manakala semua pemain lain cukup cergas untuk mengisi kesebelasan utama esok.



JDT yang diwakili oleh pembantu Jurulatih Pablo Ricchetti pada sesi sidang media itu menegaskan yang mereka bakal memastikan Piala Sumbangsih kekal berada di Johor sekaligus keluar sebagai pemenang.


Jordi Amat pula memberikan bayangan yang pasukan mereka cukup bersedia dan keserasian di dalam pasukan nampak semakin baik dan para pemain berada di dalam motivasi yang cukup tinggi pada musim 2023 ini.


Mampukah Harimau Selatan mengekalkan Kejuaran Piala Sumbangsih buat kali keenam berturut-turut apabila memenangi Piala itu sejak 2018.


Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page