top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

HARIMAU SELATAN TERLALU GAGAH UNTUK SANG PENYU



HARIMAU SELATAN TERLALU GAGAH UNTUK SANG PENYU

TER FC JDT FC Ariff Aiman 35’ Bergson Da Silva 64’ 79’ Tcheche Kipre 75’

Piala FA berjaya di bawa menyelusuri Lebuhraya Utara Selatan selepas Johor Darul Ta’zim berjaya menewaskan Terengganu FC di Stadium Bukit Jalil dengan jaringan 3-1.

Ariff Aiman Hanapi membuktikan kebolehan beliau sebagai Pemain Paling Bernilai 2022 dengan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-35 perlawanan.

Pada separuh masa kedua, JDT terus mempamerkan semangat juang yang cukup tinggi dengan dua lagi jaringan oleh Pemain Import sensasi mereka Bergson Da Silva pada minit ke-64 dan minit ke 79

Terengganu FC gigih mencari gol dan mencorakkan beberapa serangan ke arah pasukan JDT, hasilnya Ketua Pasukan mereka Tcheche Kipre berjaya mendapatkan gol saguhati pada minit ke-75 perlawanan.

Ini merupakan Piala kedua buat Harimau Selatan pada musim 2022 selepas berjaya menjuarai Piala Sumbangsih pada awal musim.

( Photo by Faiz Junaidi / TPS)

0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page