top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

Harimau Selatan Terus Dominasi Piala Sumbangsih


Episod pertama Liga Malaysia 2023 telah diterjemahkan oleh barisan pemain Esteban Solari dengan mengekalkan Piala Sumbangsih di Selatan Tanahair buat kali keenam berturut-turut sejak 2018.

Ucapan Selamat Datang Liga M telah dilaungkan oleh pemain import baharu JDT, Juan Muniz Gallego dengan jaringan pertama seawal minit kelima perlawanan.

Juan Muniz melakukan satu tandukan terbang untuk menyambut hantaran Bergson Da Silba yang nyata mengelirukan Suhaimi Husin.

Selepas gol itu, Barisan pertahanan Terengganu FC yang diketuai oleh Shahrul Nizam Hasni dan Sardor Kulmatov nampak lebih tersusun dan berdisiplin untuk mengekang serangan dari tuan rumah.

Pada minit ke-57, Kebijaksanaan Forestieri yang pantas melakukan hantaran jauh kepada Arif Aiman berjaya membuka peluang kepada JDT. Hantaran silang Arif Aiman telah memberikan ruang buat Bergson Da Silva melakukan satu tendangan yang menghasilkan gol kedua Harimau Selatan.

Dua gol yang terhasil sudah cukup untuk menggembirakan hampir 31’889 penyokong setia Johor Darul Ta’zim yang diketuai oleh Komuniti Penyokong Boys Of Straits yang tidak berhenti melakukan chant sejak awal permainan.

(Photo by TPS)

15 views0 comments

Commenti

Valutazione 0 stelle su 5.
Non ci sono ancora valutazioni

Aggiungi una valutazione
bottom of page