top of page
  • Writer's pictureMohd Redzuan Moslim

Harimau Selatan Teruskan Dominasi Kemenangan



Selepas menjuarai Piala Sumbangsih minggu lalu, barisan bimbingan Esteban Solari meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan pasukan ‘The City Boys’ di Stadium Cheras, KL.


Sepakan kaki kiri Juan Muniz Gallego yang mengelirukan dari situasi bola mati telah memaksa Romel Morales menjaringkan gol sendiri pada minit ke-41 perlawanan.



Situasi padang basah telah menyebabkan perlawanan sedikit perlahan dan para pemain kedua pasukan terpaksa berhati-hati dan menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan pengendali mereka.


Debut pemain naturalisasi negara Endrick Dos Santos di dalam pasukan JDT pada perlawanan itu agak baik apabila beliau menghadiahkan gol kedua pada minit ke-51.


Hantaran silang Fernando Forestieri telah ditanduk kemas oleh Endrick sebelum menggegar jaring Kevin Ray Mendoza.


Pemain Muda Terbaik Liga Malaysia 2022, Arif Aiman Hanapi membuka akaun jaringan beliau untuk musim ini dengan menerima hantaran dari Ramadhan Saifullah sebelum melakukan satu sentuhan sempurna untuk gol ketiga JDT pada minit akhir permainan.



Keputusan Penuh Perlawanan ,

Kuala Lumpur City FC : 0


Johor Darul Ta'zim : 3

Romel Morales (OG) 41'

Endrick dos Santos 52'

Ariff Aiman 89'

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page