top of page
  • Writer's pictureEditor

HARIMAU SELATAN TERUSKAN RENTAK CEMERLANG.


Kemenangan bergaya anak buah Esteban Solari buat kali ke 20 dalam perlawanan Liga Super 2023 ini dengan menundukkan Sang Seladang dengan jaringan 5 gol tanpa balas.


Pada awal permainan, Skuad Perak menggunakan formasi bertahan dengan 5 pemain bagi memastikan mereka mampu menyerap segala serangan dari tuan rumah.


Heberty Fernandes meneruskan rentak jaringan beliau dengan melakukan satu ledakan kaki kiri dari jarak 20 meter untuk gol pertama JDT pada minit ke 21.


Selang 6 minit selepas itu, giliran Matt Davies menyempurnakan hantaran dalam situasi sepakan penjuru oleh Juan Muniz. Tandukan jauh yang kemudiannya melantun dan gagal diselamatkan oleh T.Shaheeswaran pada minit ke-27. Ini merupakan gol pertama beliau pada musim 2023



Bergson Da Silva terus meletakkan JDT jauh di hadapan apabila memanfaatkan kesilapan yang dilakukan oleh Penjaga Gol perak untuk memberikan kelebihan 3 jaringan buat Harimau Selatan pada minit ke-35



Masuk separuh kedua, Oscar Arribas berjaya meletak nama sebagai penjaring pada malam ini. Beliau yang menerima hantaran jauh dari Jordi Amatt, bijak melakukan kawalan bola sebelum melepaskan tendangan bagi gol ke-4 JDT pada minit ke-55.



Dominasi Harimau Selatan diteruskan, Ketepatan kaki kiri Juan Muniz telah memberikan kelebihan buat dirinya apabila melakukan satu sepakan tepat dari jarak hampir 25 meter dari situasi bola mati untuk gol ke- buat JDT pada minit ke-66



Nyata anak buah Yusri Che Lah terus longlai apabila gagal menyaingi pasukan serba lengkap yang dimililki oleh Johor Darul Ta’zim. Perak FC merekod sedozen kekalahan bagi Liga Super 2023 termasuk perlawanan pada malam ini untuk berada di kedudukan kesebelas dalam liga.


1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page