top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

HATRIK BUDAK AJAIB BANTU JDT KE FINAL PIALA FA MALAYSIA 2022.



HATRIK BUDAK AJAIB BANTU JDT KE FINAL PIALA FA MALAYSIA 2022.

Arif Aiman Hanapi mempamerkan kematangan permainan beliau apabila melakukan 3 jaringan yang cukup luarbiasa serta satu assist yang telah membantu JDT ke Final Piala FA 2022.

Gol awal hadir pada Minit ke-19, Bergson Da Silva berjaya memecah kebuntuan jaringan apabila melakukan satu ledakan kaki kiri yang nyata tidak berjaya dihalang oleh Hafizul Hakim bagi gol pertama JDT.

Selang 5 minit selepas itu, kebijaksanaan Ariff Aiman melakukan satu hantaran jarak jauh 35meter ke arah pintu gol berjaya disambut kemas oleh Lowry sebelum bola jatuh betul-betul di kaki ‘Forestieri The Sniper’ sebelum beliau melakukan satu tendangan padu yang menembusi gol Penang FC.

Permata berharga berumur 20 tahun, Arif Aiman Hanapi telah memberikan satu persembahan yang cukup luar biasa pada separuh masa kedua dengan memberikan gol ketiga JDT pada minit ke-46.

Gol ke-4 JDT pula hadir pada minit ke-51 juga dari Arif Aiman sebelum pemain muda itu melakukan satu tendangan mudah yang nyata gagal di halang oleh Hafizul Hakim bagi gol ke-5 Harimau Selatan.

Gol saguhati Penang Black Phanther dijaringkan oleh Lucas Da Silva pada minit ke-54 yang bermula dari sepakan sudut Gopi Rizqi.

Syahmi Safawi memberikan gol ke-6 JDT pada masa kecederaan yang nyata memberikan kegembiraan buat 34’213 penonton setia yang memenuhi segenap ruang di Stadium Sultan Ibrahim.

(Photo by Saluddin Ismail / TPS)

1 view0 comments

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
bottom of page