top of page
Writer's pictureSaluddin Ismail

HECTOR BIDOGLIO LULUS UJIAN PERTAMA!



HECTOR BIDOGLIO LULUS UJIAN PERTAMA!

Kemenangan bergaya Skuad Johor Darul Ta’zim ke atas KL City FC dengan pesta 5 gol tanpa bolos telah membolehkan pengendali baharu JDT itu tidur lena pada malam ini.

Membariskan kesebelasan terkuat yang ada pada perlawanan itu, telah memberikan gambaran bahawa hanya kemenangan yang dicari bagi mengukuhkan kedudukan JDT di persada liga.

Bergson Da Silva terlebih dahulu memberikan gol awal apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-6 sebelum menyudahkan hantaran pendek dari Corbin Ong pada minit ke 25 permainan.

Leandro Velazquez hanya memerlukan 10minit selepas rehat untuk mencetak nama selaku penjaring. Beliau tenang menyudahkan penalti selepas Ariff Aiman dikasari pemain lawan.

Fernando Forestieri tidak mahu dianggap penumpang apabila beliau juga menghadiahkan jaringan pada minit ke 71 sebelum Safawi Rasid membuktikan yang beliau masih relevan dengan hanya memerlukan beberapa minit sahaja di atas padang untuk memberikan jaringan penutup.

Dengan rekod 11 perlawanan liga tanpa tewas sehingga kini, tampak memberikan bayangan yang JDT terus kekal mendahului liga super Malaysia 2022 ini dan nyata sukar digugat oleh pencabar lain.

Kewibawaan sebenar Hector Bidoglio sekali lagi akan diuji pada Jumaat ini apabila menerima kunjungan Penang FC pada perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2022 di Stadium Larkin.

Zainal Abidin Hassan pasti akan menyediakan ramuan taktikal yang mantap bagi memastikan pasukannya menyekat kemaraan JDT ke peringkat akhir.

(Photo by Isyq Irfan / TPS )

0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page