top of page
Writer's pictureEditor

INSIDEN PICIT ALAT SULIT ARIF AIMAN ADALAH PERBUATAN CABUL DAN GANAS


AKSI Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan Buriram United pada Selasa berlangsung panas dengan pengadil melayangkan tiga kad merah.


Tiga kad merah itu dilayangkan kepada dua pemain JDT dan satu bintang Buriram dengan perlawanan berkesudahan 0-0.


JDT menerima kad merah seawal minit ke-12 selepas Murillo Henrique menafikan peluang menjaringkan gol ketika Buriram melakukan serangan ke pintu gol mereka.


Nasib serupa menimpa Buriram di penghujung babak pertama apabila ketua pasukan, Theerathon Bunmathan pula dibuang pada selepas melakukan kekasaran tanpa bola terhadap Arif Aiman.


Satu lagi kad merah pula dilayangkan kepada pertahanan dari Korea Selatan, Park Jun-heong selepas melakukan terjahan keras pada lewat permainan.


Keputusan pengadil dari Arab Saudi, Khalid Salleh Alturais melayangkan tiga kad merah dalam perlawanan tersebut dianggap tepat, berdasarkan ulasan pakar yang arif tentang undang-undang bola sepak.


"Insiden pertama (Murillo) sama ada dalam mahupun di luar perkara itu ialah 'denial goal scoring', maksudnya pemain itu kalau tiada kesalahan dilakukan pemain lawan, dia (Buriram) boleh menjaringkan gol.


"Peluang (jaringkan gol) itu jelas jadi dalam perlawanan, pengadil nampak macam dalam kawasan penalti jadi dia berikan sepakan (penalti) dan kad kuning.


"Dia (Murillo) ada sentuhan pada belakang badan atau kaki pemain lawan, jadi kita katakan itu sebagai 'attempt to play the ball' tapi bila dia (pengadil) periksa dan kenal pasti sentuhan pertama di luar kawasan penalti, dia hanya beri sepakan percuma dan layangan kad merah kerana 'denial goal scoring'," katanya kepada Majoriti.


Tambahnya lagi, insiden membabitkan Arif Aiman Hanapi jarang berlaku di dalam perlawanan bola sepak namun ia adalah satu kesalahan yang sangat ganas.



"Insiden yang kedua jarang berlaku, kalau perkara (sentuh alat sulit) itu memang kesalahan yang sangat ganas, jadi nasib dia (Theerathon) dengan adanya VAR (Video Bantuan Pengadil) ia sangat terperinci.


Insiden ketiga melibatkan pemain pertahanan JDT, Park Jun-heong pula merupakan keputusan yang sangat tepat dari pengadil kerana ia sangat berbahaya.


"Insiden ketiga ia adalah terjahan serius, bila mana pemain (JDT) berlari ada kelajuan dan melakukan 'sliding' dia punya sentuhan dekat pihak lawan di bahagian tulang 'complete' untuk kad merah," ulasnya lagi.


Kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan sembilan dan 10 pemain.

Keputusan 0-0 menyaksikan JDT dan Buriram United kini menghuni tangga keenam dan kelapan Kumpulan B ACLE. — Majoriti

9 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page