top of page
Writer's pictureEditor

INSIDEN SIMBAH ASID: SUSPEK UTAMA DILEPASKAN TAPI AKAN DITAHAN SEMULA KERANA POSITIF DADAH




Suspek pertama yang melibatkan insiden simbahan asid terhadap pemain sayap negara, Faisal Halim telah dilepaskan namun akan ditahan semula susulan positif dadah.


Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, beliau menjelaskan bahawa siasatan polis telah mendapati suspek sebenar kes itu menggunakan motosikal semasa kejadian menggunakan nombor pendaftaran palsu. 


Beliau turut memaklumkan bahawa nombor pendaftaran motosikal digunakan pelaku dalam kes ini adalah sama dengan nombor pendaftaran nombor pendaftaran motosikal milik suspek yang ditahan, kelmarin. 



“Siasatan mendapati suspek pertama yang ditahan itu tiada kaitan dengan kes ini dan akan dibebaskan.


Suspek tersebut bagaimanapun difahamkan akan ditahan semula selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah.


“Namun begitu, dia akan ditahan semula kerana ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati positif dadah,” katanya menerusi laporan wartawan Media Prima, Redzuan Abdul Manap.



Ketika ini, PDRM telah menahan suspek kedua untuk soal siasat bagi mencari dalang kepada kejadian ini.


Faisal kini sedang dirawat pada salah sebuah hospital di Shah Alam dan difahamkan agak kritikal apabila tahap kelecuran memasuki tahap ke-4.

7 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page