top of page

INTIPATI SESI SOAL JAWAB DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERSAMA PARA PENYOKONG

  • Writer: Editor
    Editor
  • Mar 13
  • 4 min read

- 'Target' saya dalam ACLE adalah untuk masuk ke Quarterfinal ('realistic target'). Ia dibuat berdasarkan kemampuan, kuasa kewangan dan juga fakta. Jikalau dapat lebih dari itu, ia adalah bonus.


- Saya tidak sangka kelab berada di tempat ketiga peringkat kumpulan. Pasukan-pasukan yang berada di 16 terbaik adalah Gergasi Asia yang ada bajet lebih dari JDT.


- Fakta bajet JDT lebih besar dari Buriram adalah salah kerana bajet JDT adalah pada fasiliti dan program pembangunan bukan pada pemain. Pemain yang diambil JDT ramai adalah berstatus ‘free agent’ untuk 'short-term'.


- Berkenaan ‘signing’, perancangan kami akan datang adalah untuk mendapatkan pemain-pemain lebih muda. 'Latest signings' adalah disebabkan situasi kecederaan pemain sedia ada dan ada yang hanya untuk ACLE sahaja. Kita mahu lihat sejauh mana pasukan boleh pergi. Perancangan akan didedahkan selepas Final Piala Malaysia.


- Insiden baling botol itu adalah pertama kali berlaku di Stadium Sultan Ibrahim sejak dibuka, dan berharap tidak berlaku lagi. Sentiasa jaga tingkahlaku kerana yang jadi mangsa adalah kelab. Jangan terlampau ikut emosi.


- Kalah tetap kalah, itu sukan. Saya terima kekalahan tersebut walau apa pun keputusan pengadil. Kita tidak boleh salahkan sesiapa kerana situasi tersebut tidak akan terjadi kalau kami mengambil peluang dan menjaringkan beberapa gol. Sekarang tanggungjawab saya adalah memperbaiki pasukan.


- Kalau anak tempatan hendak bermain, mereka perlu meningkatkan prestasi untuk bersaing. Mereka bagus tetapi perlu meningkatkan lagi standard.


- Negara-negara jiran telah menaikkan taraf fasiliti bola sepak mereka dan kita sebaliknya. JDT sendiri telah memulakan akademi tujuh tahun dulu tetapi pasukan lain tiada. Malah kita tiada pertandingan yang kompetitif untuk akademi.


- Perancangan pramusim akan ke Sepanyol dan kemungkinan kita akan mendapat pelawanan Gred A. Dijangka pasukan England, Perancis dan Jerman berada di sana.


- Mengenai e-sport, pasukan wanita dan lain-lain ada dalam perancangan tetapi kami ada keutamaan lain dahulu, termasuk pembangunan belia dan pusat latihan baharu, dan semuanya bergantung pada bajet kelab.


- Strategi JDT lebih pada mengembangkan lagi jenama kelab di peringkat antarabangsa.


- Dari segi realiti, fasiliti di Thailand adalah lebih baik dari kita, pemain-pemain luar negara yang lebih baik dan pemain tempatan juga lebih baik.


- JDT menang 11 kejuaraan liga dan sekiranya menang Piala Malaysia tahun ini, ia adalah piala ke-30 kelab.


- Saya dan jurulatih sentiasa saling berhubung dan bersefahaman dalam strategi perlawanan. Masing-masing ada penjelasan sendiri apabila berbeza keputusan dan ini adalah yang terbaik untuk kelab dan pasukan.


- Format baru untuk tahun depan untuk pemain adalah dalam peringkat umur 25-27 dan lebih muda. Paling tinggi 31-32 tahun tetapi itu pun sekiranya cukup bagus.


- Hector Bidoglio adalah jurulatih yang bagus dan ‘old school’ tetapi beliau sesuai untuk menjaga keharmonian bilik persalinan.


- Dalam dua belas tahun, JDT ada 11 kejuaraan, 14-15 jurulatih, pemain dan jurulatih silih berganti. Jurulatih-jurulatih tersebut tidak pernah menang sebelum dan selepas bersama JDT (kecuali Bojan Hodak). Ini fakta.


- JDT ada scouting team dari setiap negeri. Bakat-bakat yang ditemui akan dibawa ke akademi. Mulai tahun depan pemain-pemain muda akan dihantar keluar menerusi kolaborasi-kolaborasi JDT dengan kelab luar.


- Semua pemain JDT jika dibandingkan dengan pemain luar dari segi gaji dan kualiti adalah jauh berbeza tetapi JDT mampu jadi 16 terbaik.


- Saya bagi kredit kepada Kiko Insa, Alistair Edwards dan ‘scouting team’ yang mendapatkan pemain-pemain berkualiti seperti Bergson dan lain-lain.


- Untuk program belia saya sudah menitahkan YAB Menteri Besar untuk bermacam-macam perancangan bukan sahaja bola sepak. Dato' Lee Chong akan jadi penasihat badminton Johor, Sonny Bill William penasihat ragbi dan duta sukan, Khabib akan buka gim dan lain-lain lagi.


- Mengenai sumbangan JDT untuk mata ranking MA, apa yang JDT lakukan juga menaikkan imej liga dan bola sepak negara.


- Berdasarkan fakta, Natxo Insa adalah No.1 untuk 'passing' di ACLE peringkat kumpulan. Kadar intensiti dan 'pressing' pun tertinggi di dalam pasukan. Pada masa ini tiada pemain lain yang sesuai di tempat Natxo disebabkan kecederaan (Hong Wan) dan pinjaman (Syamer Kutty). Tetapi jika masa akan datang ada pemain muda yang boleh menggantikannya, Natxo tetap perlu ada dalam pasukan untuk berkongsi pengalaman dan beri tunjuk ajar.


- Di Thailand tidak ada mentaliti apabila satu pasukan asyik menang berkali-kali kemudian pasukan lain sudah tidak mahu bermain. Sama di Jerman dan juga Perancis. Mereka tetap terus bersaing secara positif dengan menaikkan taraf, juga fasiliti sedikit demi sedikit.


- Saya dah bercakap hampir 12 tahun, tetapi masih tidak berubah. Masih lampu kuning, rumput ‘lembu’, tiada pusat latihan dan masalah gaji.


- Masalah besar bola sepak dalam negara adalah disebabkan cara pengurusan dan tidak ada orang yang minat pada bola sepak.


- Saya bagi kredit pada pasukan Kuching, PDRM dan Penang. Pasukan kecil, bajet tidak besar dan gaji tidak sangkut. Mereka guna sebaiknya apa yang mereka ada. Pasukan Selangor dan Terengganu juga ada membuat sedikit perubahan.


- Saya punya ‘biggest problem’ adalah bola sepak Malaysia. Kita perlukan orang yang lebih ‘energetic’, proaktif dan mempunyai 'strategic planning' untuk bola sepak tempatan. Bukannya orang yang tidak tahu apa-apa dalam bola sepak.


- Bola sepak tidak selamanya indah. Oleh itu kita perlukan perancangan dan pembangunan yang betul.

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page