top of page
  • Writer's pictureSalehuddin Arsat

Jaringan Akhyar Rashid Bantu Harimau Malaya Benam Turkmenistan



Perlawanan persabahatan antarabangsa Tier 1 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim ini menyaksikan Malaysia melayan kunjungan Turkmenistan.


Kim Pan Gon telah memberikan kepercayaan kepada lima pemain beliau untuk melakukan debut pada perlawanan pada kali ini apabila menyenaraikan Paulo Josue dan Endrick Dos Santos pada kesebelasan utama sebelum memasukkan Nooa Hamzah Laine, Fayadh Zulkifli serta Feroz Baharudin pada separuh masa kedua.


Akhyar Rashid yang turun selaku pemain sayap kiri telah berjaya menghadiahkan gol buat Malaysia pada minit ke-28 perlawanan.



Menerima satu lorongan yang baik dari Corbin Ong sebelum melakukan satu placing yang mengelirukan penjaga gol Turkmenistan.


Kecemerlangan Ahmad Syihan Hazmi juga menjadi salah satu faktor kemenangan pasukan Harimau Malaya pada perlawanan tersebut apabila menggagalkan beberapa percubaan berbahaya dari pasukan pelawat.



Selepas ini, pasukan Hong Kong pula bakal menguji kekuatan pasukan negara apabila mereka bakal bertemu di stadium yang sama pada Selasa, 28hb March 2023 nanti.


5 views0 comments

Kommentare

Mit 0 von 5 Sternen bewertet.
Noch keine Ratings

Rating hinzufügen
bottom of page